Andrew Janggi Muyang
Tuan Andrew Janggi anak Muyang[3] (23 Disember 1947 – 9 Februari 1987) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Sarawak. Beliau merupakan Ahli Parlimen Malaysia untuk kerusi P203 Lubok Antu, Sarawak daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Yang Berhormat Tuan Andrew Janggi Muyang | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi P203 Lubok Antu Sarawak | |
Dalam jawatan 22 April 1982 – 9 Februari 1987 | |
Didahului oleh | Jonathan Narwin Jinggong |
Digantikan oleh | Jawah Gerang |
Majoriti | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | [1] Engkilili, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak) | 23 Disember 1947
Mati | 9 Februari 1987[2] Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 39)
Parti politik | SNAP (BN) |
Pasangan | Julia Umping (k. 1971; m. 1987) |
Pertalian | Tambat @ Jugah anak Muyang (adik) |
Anak | 3 |
Kehidupan
suntingAndrew Janggi anak Muyang dilahirkan pada 23 Disember 1947 di Engkilili, Sarawak[1] dan merupakan abang kepada Jugah Muyang yang juga merupakan Ahli Parlimen Lubok Antu sejak tahun 2018.[4]
Beliau bersekolah rendah dan menengah di Sarawak lalu lulus peperiksaan Senior Cambridge. Beliau kemudiannya menamatkan pengajian di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur.[1]
Beliau berkahwin dengan Julia Umping serta mempunyai tiga orang anak.[5]
Kerjaya
suntingBeliau merupakan ahli Parti Kebangsaan Sarawak.[perlu rujukan]
Pada tahun 1982, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-6 (PRU-82) bagi kerusi Parlimen Lubok Antu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebagai calon tunggal lalu menang tanpa bertanding. Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-7 (PRU-86) bagi mempertahankan kerusi di Lubok Antu[1] melawan Dawi Drahman yang merupakan calon bebas. Beliau menang dengan undian sebanyak 5,195 dengan majoriti 1,034 daripada 9,539 orang pengundi.[perlu rujukan]
Beliau meninggal dunia dalam jawatan pada 9 Februari 1987 di Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia.[2]
Rujukan
sunting- ^ a b c d Bowker-Saur 1991, m/s. 126.
- ^ a b Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Pertama (PDF). Parlimen Malaysia (Laporan). I. 9 Mac 1987. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Jun 2020. Dicapai pada 16 Jun 2020.
- ^ Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keenam Penggal Kedua (PDF). Parlimen Malaysia (Laporan). II. 2 November 1984. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Jun 2020. Dicapai pada 16 Jun 2020.
- ^ "JUGAH MUYANG". PRU di Sinar. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
- ^ Sarawak Publishing House 1991, m/s. 78.
Sumber
sunting- Who's who in Sarawak (dalam bahasa Inggeris). Sarawak Publishing House Sdn. Bhd. 1985.
- Who's Who in Asian and Australasian Politics (dalam bahasa Inggeris). London: Bowker-Saur. 1991. ISBN 978-086-291-593-3.