Lagu Anak Ondeng atau lebih dikenali sebagai Lagu Lembu Patah Tanduk merupakan sebuah lagu rakyat masyarakat Melayu. Lagu ini mula dipelopori oleh nyanyian Nona Asiah & Rahmah Ali, menerusi Filem Badang pada tahun 1962.
Anak ondeng, ondeng
Anak ondeng, ondeng
Lembu patah tanduk
Patah tanduk
Ada seekor lembu
Lembu patah tanduk
Jalan marah-marah
Macam lembu mabok
Dia lihat bayang
Bayangan sendiri
Dia naik radang
Sebab makan hati
Dia cari kawan
Kawan lembu jantan
Kawan itu bengis
Terus mahu lawan
Lembu yang betina
Tidak pula mahu
Benci tengok dia
Tanduk kurang satu
Jumpa lembu tua
Rabun tak ada gigi
Suka sama suka
Sekawan satu hati
Sampai tepi sawah
Makan rumput kering
Jika sudah lelah
Sama sama baring
Demikian adat
Demikian adat
Kita manusia
Manusia
Kalau kurang jaras
Kalau kurang jaras
Orang tidak suka
Tidak suka
Anak ondeng, ondeng
Anak ondeng, ondeng
Lembu patah tanduk
Patah tanduk
|
|