Amija merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia sekitar 1990an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Amija
Album Isho Istara
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Sinaganaga
Berasal dariTerengganu Terengganu, Malaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1990-an
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Bekas ahliRom (vokal)
Anwar (gitar utama)
Azman (gitar kedua)
Hamid Khan (bes)
Helmi (dram, meninggal dunia)

Amija mula dikenali semenjak tahun 1989-1991. Antara lagu mereka yang popular adalah Bukakan Tabir Cinta, dimana pencapaian terbaik adalah tempat ke-5 Pujaan 10 Nescafe.

Latar belakang

sunting

Amija telah ditubuhkan sekitar awal 90-an sebagai sambungan projek rakaman album sebuah kumpulan rock dari Terengganu yang telah terbengkalai iaitu Sinaganaga. Pada ketika itu, Sinaganaga telahpun menyiapkan enam buah lagu sebelum kumpulan ini berpecah. Dengan perpecahan itu, dua anggota asal Sinaganaga iaitu Anwar (gitar) dan Hamid (bes) telah membuat sesi ujibakat untuk mencari anggota baharu.

Pertemuan mereka dengan Azman (gitar) yang berminat untuk menyertai mereka telah membuatkan projek album yang terbengkalai itu disambung kembali dan dengan itu mereka menjemput Rom, seorang vokalis rock dari Selayang, Selangor untuk menjadi vokalis baharu mereka. Pada masa yang sama, penerbit mereka iaitu Halim Faisal telah menukarkan nama Sinaganaga kepada Amija sempena singkatan nama anak beliau.

Untuk melengkapkan sesi rakaman album, empat buah lagu baru telah dicipta dan dirakamkan termasuk lagu hit mereka, Bukakan Tabir Cinta. Namun disebabkan ketiadaan pemain dram, maka mereka telah memakai khidmat Zali Kamari (Ditto) dan Saidin Arjuna untuk menggunakan program drum machine sebagai pengganti dram sebenar selain ingin mempercepat proses rakaman album. Akhirnya pada lewat tahun 1991, Amija telah berhasil mendapatkan pemain dram baharu iaitu Helmi dan bermulalah sesi promosi album mereka yang diberi judul Isho Istara yang juga merupakan judul salah satu daripada enam lagu Sinaganaga sebelum ini. Pada tahun 1992, album Isho Istara telah mendarat di pasaran di bawah syarikat rakaman Nuri Records dan diedarkan oleh Sinar Muzik.

Barisan keanggotaan

sunting
  • Rom - penyanyi
  • Anwar - gitar utama
  • Azman - gitar kedua
  • Hamid Khan - bes
  • Allahyarham Helmi - dram

Diskografi

sunting
Tahun Tajuk Jualan
1992 Isho Istara
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1992
  • Format : CD, Kaset
  • Label : Nuri Rekod
  • Edaran : Sinar Muzik
20,000 unit

Trivia

sunting
  • Sebelum menyertai kumpulan Amija, Rom (vokal) dan Azman (gitar) masing-masing merupakan penyanyi solo pada penghujung tahun 80-an.
  • Azman sempat menghasilkan sebuah album solo, Karisma (1989) yang menampilkan lagu hitnya, Terlena, sentuhan komposer terkenal Rosli Selasih. Lagu tersebut kemudiannya dirakamkan semula oleh beberapa artis tempatan, salah satunya Allahyarham Saleem Iklim, termasuk artis-artis antarabangsa seperti Ranny Ray dari Indonesia dan Fuad Rahman dari Singapura (di bawah judul Bila Rindu). Berbeza dengan versi asal, versi-versi cover lagu ini mengalami sedikit perubahan lirik. Disebabkan lagu itulah, beliau lebih dikenali orang ramai sebagai "Azman Terlena" sehingga kini.
  • Berbeza dengan Azman, Rom pula kurang bernasib baik sebagai artis solo apabila album beliau tidak dikeluarkan atas sebab yang tidak diketahui biarpun telah siap dirakamkan. Lagu-lagu tersebut kemudiannya diberikan kepada kumpulan Leo di mana vokalisnya ialah Man Sagaf, vokalis asal kumpulan Firestarter dari Johor Bahru yang pernah dianggotai oleh dua anggota kumpulan Gersang iaitu Man Bai (vokal) dan Kid Search (gitar).

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting