American Idol ialah rancangan pertandingan nyanyian tahunan Amerika Syarikat yang memulakan musim pertamanya pada 11 Jun 2002. Rancangan ini ialah salah satu daripada francais Idol, yang berasal dari rancangan realiti United Kingdom Pop Idol.

American Idol
Formatrancangan permainan realiti interaktif
PenciptaUnited Kingdom Simon Fuller
PengarahBruce Gowers
PengacaraAmerika Syarikat Ryan Seacrest
Amerika Syarikat Brian Dunkleman (Co-host Season One 2002)
Negara asal United States
Penerbitan
Penerbit eksekutifUnited Kingdom Nigel Lythgoe
United Kingdom Ken Warwick
United Kingdom Simon Fuller
Penyiaran
Saluran asalFOX
ABC
Format gambar480i (SDTV),
720p (HDTV),
1080i (HDTV)
Siaran asal11 Jun 2002
Pautan luar
Laman sesawang

Rancangan ini bertujuan mencari bakat nyanyian muda terbaik di negara itu melalui ujibakat kebangsaan. Keputusan peringkat lanjut pertandingan ini ditentukan 100% oleh undian penonton. Formatnya menampilkan tiga atau empat orang juri yang menilai persembahan para peserta bagi memudahkan pilihan penonton.

Ryan Seacrest menyandang tugas sebagai pengacara sejak musim pertama. Brian Dunkleman juga merupakan salah seorang pengacaranya tetapi hanya untuk musim pertama sahaja.

American Idol disiarkan di rangkaian Fox di Amerika Syarikat dan di Fox Network dan CTV di Kanada. Konsep asal siri Idol direka oleh Simon Fuller (pengurus kumpulan Spice Girls dan S Club 7) dan dikembangkan oleh Simon Jones dari FremantleMedia. Pengarah-pengarahnya ialah Bruce Gowers (pengarah video muzik Bohemian Rhapsody oleh kumpulan Queen), Nigel Lythgoe (juri versi Amerika So You Think You Can Dance) dan Ken Warwick (Gladiators dan Grudge Match).

Di Malaysia, American Idol boleh diikuti melalui saluran Star World (Astro) dan 8TV.

Rancangan ini lazimnya bersiaran pada malam Selasa dan Rabu dan mendapat sambutan dari jutaan penonton.

Format

sunting

Para peserta tidak dibenarkan untuk memasuki pertandingan sekiranya mereka sedang memegang perjanjian pengurusan bakat atau rakaman yang masih laku atau (melainkan pada masa dahulu mereka pernah memegang perjanjian sedemikian). Para peserta mestilah warganegara Amerika Syarikat yang layak untuk bekerja sepenuh masa dan, bagi tiga musim terawal, berusia antara 16 dan 24 tahun seperti pada 19 Oktober dalam tahun ujibakat. Sejak musim keempat, had umur maksimum dinaikkan ke 28 tahun dan tarikh ambangnya dibawa ke 4 Ogos bagi menarik peserta yang lebih matang dan lebih pelbagai.

Para peserta yang hendak diuji bakat perlu membawa bersama bukti umur dan kewarganegaraaan ke tempat uji bakat, seperti sijil kelahiran, lesen pemandu atau pasport, dan warga di bawah umur 18 tahun perlu diiringi ibu bapa atau penjaga. Semua peserta yang diuji bakat dikehendaki melayari Internet di www.americanidol.com untuk mencetak satu salinan borang pengeluaran bagi diisi dan diserahkan ketika uji bakat agar diberi izin untuk dijumpa dan didengari oleh kamera penerbit. Para peserta yang didapati memberi keterangan palsu dibatalkan kelayakan mereka. Adalah diingatkan bahawa setelah melalui uji bakat - tanpa mengira keputusannya (sungguhpun disingkirkan pada pusingan terawal) - para peserta terletak di bawah kontrak dengan rancangan ini hingga berlalunya tiga bulan selepas episod terakhir.[1]

Orang lain yang tidak layak termasuk: sesiapa yang mencapai kedudukan 30 teratas pada musim pertama, 32 teratas pada musim ke-2 dan ke-3, atau 24 teratas pada musim ke-4 dan 5; pihak yang berkhidmat atau berhubungan dengan Fox, Fremantle, 19, (contohnya, penaja, anak syarikat dan syarikat induk); dan bukan berwarga Amerika Syarikat. Sungguhpun seseorang itu layak, dia mungkin tidak berpeluang untuk diuji bakat atau dilihat kerana rancangan ini hanya membolehkan sebilangan terhad peserta di setiap lokasi.

Ujibakat awal

sunting

Dalam rancangan, para peserta perlu diperiksa oleh panel pendahuluan untuk dipilih bagi bakat nyanyian atau, kononnya, potensi humor dan minat kemanusiaan. Proses ujibakat ini amat panjang dan sukar, dimulakan dengan berpuluh ribu calon yang ditemu duga dan disingkirkan secara strategik sebelum ditemu duga secara individu oleh penerbit Ken Warwick dan Nigel Lythgoe.

Kemudian, para peserta yang terpilih akan diuji bakat di hadapan tiga pengkritik utama - Simon Cowell, Paula Abdul, dan Randy Jackson - di bandaraya terpilih di seluruh Amerika Syarikat. Kadang-kala seorang pengkritik keempat selebriti diundang. Ujibakat-ujibakat ini lazimnya diadakan di pusat konvensyen di mana beribu-ribu orang menunggu untuk diuji bakat. Para peserta dikehendaki menyanyi satu renggut lagu a cappella selama seminit. Sesiapa yang mengagumkan para juri layak ke pusingan kedua yang bertempat di Hollywood (biasanya hanya berpuluh-puluh daripada beribu-ribu peseta dari setiap lokasi dilayakkan).

Sama seperti Pop Idol asal, salah satu segmen popular setip musim merupakan episod awal yang menunjukkan para penguji bakat Idol yang melakukan persembahan di hadapan panel. Episod-episod ini menampilkan satu campuran para penyanyi yang lebih bermutu serta ramai peserta yang "ditolak".

Hollywood dan separuh akhir

sunting

Setibanya di Hollywood, ketiga-tiga juri mengurangkan bilangan para peserta dari ratusan hingga menjadi 24 orang untuk pusingan separuh akhir (30 pada musim pertama dan 32 pada musim ke-2 dan ke-3). Mulai musim keempat, para peserta dibahagi kepada dua kumpulan yang memisahkan lelaki dari perempuan, agar memastikan bilangan peserta setiap jantina sekata menjelang peringkat akhir. Mulai pusingan separuh akhir, para juri hanya berperanan sebagai penasihat, tanpa pengaruh secara langsung terhadap keputusan pertandingan.

Para penonton di Amerika diberi dua jam setelah disiarkan kesemua persembahan setiap minggu dalam zon waktu masing-masing (Amerika Syarikat meliputi enam zon waktu) untuk mengundi melalui panggilan telefon atau SMS untuk peserta kegemaran mereka dengan mendail nombor bebas tol yang diberi ketika rancangan. Para pemanggil dibenarkan mengundi sebanyak kali yang mereka mahu bagi seorang atau lebih peserta, asalkan mereka mengundi dalam lingkungan tingkap undian bagi zon waktu yang ditugasi kepada kod kawasan masing-masing.

Para peserta menyanyi lagu pilihan mereka sendiri berdasarkan suatu tema setiap minggu dan dua orang yang paling kurang undian yang diterima mereka disingkirkan dari pertandingan.

12 teratas

sunting

Dalam setiap minggu peringkat ini yang berlangsung selama 11 minggu, para finalis mempersembahkan sebuah lagu secara langsung pada waktu perdana dari tema mingguan (dua buah lagu di minggu-minggu larut) di CBS Television City di Los Angeles, California di hadapan penonton studio. Tema-tema mingguan itu pernah merangkumi Motown, disko, big band, dan hits #1 Billboard. Ada tema yang berdasarkan muzik yang dirakam oleh seseorang artis, dan para finalis berpeluang untuk bekerja dengan artis itu bagi membuat persediaan untuk persembahan. Artis-artis yang pernah dijadikan tema termasuk Billy Joel, Neil Sedaka, kumpulan Bee Gees, Barry Manilow, Rod Stewart, Gloria Estefan, Elton John, Stevie Wonder, kumpulan Queen dan Elvis Presley. Setelah memasuki 5 teratas, setiap peserta menyanyi dua buah lagu.

Apabila cuma tinggal tiga orang peserta, tema tidak digunakan lagi. Sebaliknya, setiap peserta menyanyi tiga buah lagu: satu pilihan mereka, satu pilihan juri, dan satu piliahn eksekutif rakaman Clive Davis. Namun, pada musim ke-2, pada pusingan tiga terakhir, sebuah lagu dipilih secara rawak dari sebuah mengkuk, dengan sebuah yang dicabut oleh peserta dan sebuah lagi dicabut oleh juri.

Dalam setiap minggu pada malam keesokan hari persembahan, episod keputusan disiarkan di mana peserta yang paling kurang undinya disingkirkan. Kemudian pada minggu terakhir, salah satu peserta yang tingga dinobatkan sebagai pemenang. Persembahan terakhir beralih ke Kodak Theatre, di mana dua peserta yang tingga membuat persembahan di hadapan sekurang-kurangnya 3,400 penonton dalam lokasi. Pemenang diumumkan pada akhir rancangan. Juara ini menerima kontrak rakaman dari label rakaman utama bernilai sejuta dolar Amerika, dan diurus olhh pihak 19 Management yang dikaitkan dengan American Idol. Dalam beberapa kes, peserta selain juara have turut diambil masuk oleh 19 Management (yang memegang opsyen pertama untuk menandatangani finalis) lalu menerima kontrak rakaman dengan rakan label utamanya.

Dalam setiap musim senaskhah album kompilasi yang menampilkan 12 finalis (10 dari musim pertama) dikeluarkan. Kompilasi lain, seperti album Krismas, turut dihasilkan. Finalis 10 teratas menyertai jelajah konsert promosi American Idol yang dilangsungkan setelah habisnya satu musim.

Senarai pemenang

sunting

Antarabangsa

sunting

American Idol disiarkan di lebih 100 buah negara di luar Amerika Syarikat, termasuk yang mempunyai versi Idol tempatan sendiri; namun, kebiasaannya rancangan ini tidak disiarkan secara langsung dan perlu ditunda beberapa hari atau minggu dari siaran Amerikanya (kecuali Pakistan, India, Israel, Kanada, Indonesia, Malaysia, Filipina, dan Emiriah Arab Bersatu di mana rancangan ini juga disiarkan secara langsung).

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting