Americae Sive Quartae Orbis Partis Nova Et Exactissima Descriptio

Penerangan Baru dan Paling Tepat Amerika atau Bahagian Keempat Dunia (Latin: Americae Sive Quartae Orbis Partis Nova Et Exactissima Descriptio) ialah peta geografi hiasan benua Amerika, yang dihasilkan pada 1562 oleh jurupeta Sepanyol Diego Gutiérrez dan pelukis Flanders Hieronymus Cock. Peta tersebut merangkumi pantai timur Amerika Utara, keseluruhan Amerika Tengah dan Selatan serta bahagian pantai barat Eropah dan Afrika. Americae Sive Quartae Orbis Partis Nova Et Exactissima Descriptio merupakan peta dinding skala terawal bagi Dunia Baru dan yang pertama menggunakan nama "California".[1]

Salinan peta di Perpustakaan British

Terdapat dua salinan peta yang masih wujud iaitu satu di Perpustakaan Kongres di Washington, D.C dan satu lagi di Perpustakaan British di London.[2] Jumlah sebenar salinan peta itu masih belum diketahui. Salinan di Perpustakaan Kongres dahulunya berada dalam koleksi milik Duke dari Gotha sehingga ia dijual dalam satu lelongan di Munich pada 1932. Ia kemudiannya kemudiannya dibeli oleh seorang peniaga buku Amerika, yang kemudiannya menjual kepada Lessing J. Rosenwald.[3] Pada 1949, Rosenwald memberikan peta tersebut kepada Perpustakaan Kongres.[3]

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Diego Gutierrez: Americae sive quartae orbis partis nova et exactissima descriptio: 1562". Atlas of Historic New Mexico Maps. Dicapai pada 2014-03-07.
  2. ^ "The 1562 Map of America by Diego Gutiérrez". Perpustakaan Kongres. Dicapai pada 2014-03-07.
  3. ^ a b "Historic Map - The Americas - 1562". World Maps Online. Dicapai pada 2014-03-07.