America's Next Top Model, Musim 8

America's Next Top Model, Musim 8 adalah merupakan musim kelapan America's Next Top Model dan merupakan musim kedua daripada rancangan tersebut yang disiarkan di stesen The CW. Musim ini telah disiarkan daripada 28 Februari, 2007 hingga 16 Mei, 2007.

America's Next Top Model, Musim 8
Foto komersil untuk para peserta Musim 8 America's Next Top Model
FormatRealiti
PenciptaTyra Banks
Dibangunkan oleh
Ken Mok
Kenya Barris
Negara asal Amerika Syarikat
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifTyra Banks
Ken Mok
Daniel Soiseth
Tempoh siaran60 minit
Penyiaran
Saluran asalThe CW
Siaran asal28 Februari 200716 Mei 2007
Pautan luar
Laman sesawang

Destinasi antarabangsa pada musim ini ialah Sydney, Australia. Pemenang musim ini telah memenangi kontrak dengan agensi model terkemuka Elite Model Management, kontrak $100,000 bersama CoverGirl kosmetik, dan menjadi penghias kulit majalah serta liputan sebanyak enam muka surat di majalah Seventeen.[1]

Jaslene Gonzalez yang berasal daripada Chicago, Illinois telah dipilih sebagai pemenang pada musim kali ini, dan sekaligus menjadi pemenang berbangsa Latin yang pertama dalam sejarah rancangan ini.

Slogan komerial untuk musim ini ialah "Welcome To The Jungle, Ladies" dan lagu tema yang digunakan untuk untuk mempromosikan musim ini adalah bertajuk "One Shot" daripada Danity Kane. Episod terakhir musim ini telah menarik lebih daripada 6.6 juta penonton, rekod baru yang dicapai oleh rancangan ini dan juga stesen The CW sendiri.

Para peserta

sunting

Mengikut urutan penyingkiran

sunting

(umur dicatat mengikut waktu pertandingan)

Ringkasan episod

sunting

Gadis Yang Tidak Berhenti Bercakap (The Girl Who Won't Stop Talking)

sunting

Siaran pertama 28 Februari 2007

33 peserta telah dihantar ke Los Angeles dan terus dimasukkan ke sebuah kem. Mereka menemui Jay Manuel dan J. Alexander yang menguji mereka dengan penggambaran pintas dan kuiz berkaitan dengan pengetahuan fesyen. Seterusnya mere menemui Tyra.

Selepas kem, para peserta memasuki sebuah bilik dengan Tyra, Jay Manuel dan J. Alexander untuk menguji bakat. Sesetengah uji bakat yang paling diingati termasuklah Micheline yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 tatu dicacah pada badannya, Natasha yang telah mengahwini seorang lelaki 40-an pada usia 18 dan Dionne memanggil warna rambutnya "1B-30". Setelah itu, 20 peserta dipilih. Dalam sebuah parti yang diadakan oleh Marc Ecko, para peserta telah mengambil gambar masing-masing dan 13 peserta telah dipilih berdasarkan gambar-gambar tersebut.

Tema penggambaran ini adalah berkenaan isu-isu kontroversi politik.

Peserta Isu kontroversi politik
Brittany Pro-kulit
Cassandra Maging
Diana Pro-senapang
Dionne Vegan
Felicia Perkahwinan berlainan jantina
Jael Pro-kehidupan
Jaslene Hukuman mati
Kathleen Anti-kulit
Natasha Pro-pilihan
Renee Anti-senapang
Samantha Perkahwinan sama jantina (dengan Whitney)
Sarah Penjara seumur hidup
Whitney Perkahwinan sama jantina (dengan Samantha)

Rumusan

sunting

Carta Penyingkiran

sunting
Panggilan Tyra Mengikut Urutan
Order Ep 1 Ep 2 Ep 3 Ep 4 Ep 5 Ep 6 Ep 7 Ep 8 Ep 9 Ep 11 Ep 12 Ep 13
1 Natasha Jaslene Jaslene Brittany Renee Natasha Jael Dionne Natasha Jaslene Renee Jaslene Jaslene
2 Kathleen Brittany Felicia Jael Natasha Dionne Natasha Natasha Renee Natasha Jaslene Natasha Natasha
3 Sarah Felicia Diana Sarah Brittany Brittany Dionne Brittany Jaslene Renee Natasha Renee
4 Cassandra Diana Renee Dionne Whitney Jaslene Brittany Renee Dionne Dionne Dionne
5 Renee Samantha Brittany Felicia Jaslene Sarah Renee Jaslene Brittany Brittany
6 Samantha Cassandra Cassandra Renee Jael Renee Jaslene Jael Jael
7 Dionne Renee Dionne Whitney Diana Jael Whitney Whitney
8 Whitney Sarah Jael Natasha Sarah Whitney Sarah
9 Brittany Dionne Whitney Jaslene Dionne Diana
10 Felicia Whitney Sarah Diana Felicia
11 Jael Natasha Natasha Cassandra
12 Jaslene Jael Samantha
13 Diana Kathleen
     Peserta yang memenangi cabaran
     Peserta yang merupakan CoverGirl of the Week
     Peserta yang merupakan CoverGirl of the Week dan memenangi cabaran
     Peserta yang disingkirkan
     Pemenang yang menjadi pemenang pertandingan
  • Pada episod 1, 20 orang peserta yang terpilih telah dikurangkan menjadi 13 untuk mara ke pertandingan yang sebenar. Namun, urutan panggilan ini tidak menunjukkan prestasi mereka pada minggu tersebut.
  • Episod 10 adalah merupakan episod imbauan.

Panduan Sesi Penggambaran

sunting
  • Episod 1: Penggambaran di Parti Marc Ecko (Ujibakat)
  • Episod 2: Kenyataan Politik Kontroversi
  • Episod 3: Klise Sekolah Tinggi
  • Episod 4: Bogel Bersalut Gula-gula
  • Episod 5: Mangsa Jenayah
  • Episod 6: Pertukaran Jantina
  • Episod 7: Empat Personaliti
  • Episod 8: Memori Musim-Musim Lepas
  • Episod 9: Endosemen Covergirl Outback
  • Episod 11: Iklan Pakaian Dalam untuk Majalah Lelaki dan Wanita
  • Episod 12: Tarian Orang Asli
  • Episod 13: Foto Kecantikan Covergirl; Komersil "My Life As A Covergirl"; Muka Hadapan Majalah Seventeen

Para Juri

sunting
  • Tyra Banks
  • Twiggy
  • Nigel Barker
  • J. Alexander

Statistik

sunting
  • Jumlah peserta: 13
  • Peserta paling berumur: Cassandra Watson, 24 tahun
  • Peserta paling muda: Felicia Provost & Samantha Francis, kedua-duanya 18 tahun
  • Peserta paling tinggi: Diana Zalewski, 6'1" (185 cm)
  • Peserta paling rendah: Jaslene Gonzalez, 5'8" (173 cm)
  • Peserta paling berat: Diana Zalewski, 198 lb (90 kg)
  • Peserta paling ringan: Jaslene Gonzalez, 110 lb (50 kg)
  • Peserta yang paling kerap memenangi cabaran secara berturut-turut: Brittany Hatch, 2 kali
  • Peserta yang paling banyak memenangi cabaran: Brittany Hatch & Renee Alway, kedua-duanya 2 kali
  • Purata min Top 3 (tidak termasuk semi-akhir dan panel juri terakhir): Jaslene Gonzalez - 3.45, Natasha Galkina - 4.09, Renee Alway - 3.82
  • Purata median Top 3 (tidak termasuk semi-akhir dan panel juri terakhir): Jaslene Gonzalez - 3, Natasha Galkina - 2, Renee Alway - 4
  • Peserta yang paling kerap menerima panggilan pertama secara berturut-turut: Jaslene Gonzalez, 2 kali
  • Peserta yang paling banyak memiliki panggilan pertama: Jaslene Gonzalez, 4 kali
  • Peserta yang paling kerap menduduki kedudukan dua terbawah secara berturut-turut: Whitney Cunningham, 3 kali
  • Peserta yang paling banyak menduduki kedudukan dua terbawah: Whitney Cunningham, Natasha Galkina, Jael Strauss, & Dionne Walters, 3 kali
  • Peserta yang paling kerap memenangi CoverGirl of the Week secara berturut-turut: Jaslene Gonzalez & Natasha Galkina, kedua-duanya 2 kali
  • Peserta yang paling banyak memenangi CoverGirl of the Week: Jaslene Gonzalez, 4 kali
  • Peserta yang tidak pernah menduduki kedudukan dua terbawah: Jaslene Gonzalez

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting