"Amaran" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nordiana, menampilkan duet bersama Bunga Isme. Lagu yang mengangkat pemberdayaan wanita ini dikeluarkan pada 26 November 2021 oleh Seventeen Eleven Music dan Warner Music Malaysia.[1][2][3]

"Amaran"
Single oleh Siti Nordiana dan Bunga Isme
Dilancarkan
  • 26 November 2021 (single)
  • 3 Disember 2021 (muzik video)
Format
GenreHip hop, EDM
Panjang
  • 3:25 (single)
  • 4:06 (muzik video)
Syarikat
Penulis
Penerbit
  • Mas Dewangga
  • Firdaus Rahmat
Kronologi single Siti Nordiana dan Bunga Isme
""Cukup Derita Itu"
(2021)"
"Amaran" ""Menyantun Kasih"
(2022)"
"Amaran" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang dan komposisi

sunting

Untuk "Amaran", Siti Nordiana memilih Bunga Isme sebagai rakan duet.[4][5] Beliau mengakui mahu mencabar diri dengan menghasilkan sesuatu berbeza dari lagu-lagu terdahulunya. Menerusi lagu ini, beliau mendekati kelompok peminat baharu.[1][6] Dalam temubual bersama Berita Harian, Nana menegaskan bahawa lagu ini "bukan memberi amaran kepada sesiapa pun. Ia sekadar hiburan. Kalau diamati, single ini juga berkisar laungan memperkasakan wanita dan suntikan nasihat".[7][8] Menurutnya, judul lagu itu telah diberi oleh Warner Music Malaysia sejak 2020.[7]

Berdurasi selama 3 minit dan 25 saat, "Amaran" ialah lagu hasil nukilan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat dengan lirik ditulis bersama oleh Bunga. Lirik lagu antara lain menyelitkan nasihat insan yang pernah melalui dunia percintaan. Menurut Nana: "Lagu ini ibarat nasihat kakak kepada adik atau ibu kepada anaknya,".[1] Bunga pula menjelaskan lagu ini mengetengahkan pemerkasaan wanita.[9]

Dalam komen awalnya mengenai "Amaran", Khai Azfar dari portal hiburan Murai.my berkata: "Percubaan pertama penyanyi ini [Siti Nordiana] membawakan lagu berentak EDM dan nusantara ternyata berjaya, sesuai dengan peredaran muzik kini. Manakan tidak, ritma yang disifatkan menarik membuatkan sesiapa sahaja mendengarnya akan turut nikmatinya".[10]

Muzik video

sunting

Muzik video rasmi lagu ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Warner Music Malaysia pada 3 Disember 2021.[11]

Format dan senarai runut

sunting
Muat turun digital
  1. "Amaran" – 3:25

Sejarah keluaran

sunting
Negara Tarikh Format Label
Malaysia 26 November 2021 Muat turun digital
pensitriman digital
Seventeen Eleven Music, Warner Music Malaysia

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Zaidi Mohamad (28 November 2021). "Nana bagi 'Amaran'". Berita Harian. Dicapai pada 29 November 2021.
  2. ^ Asyraf Roslan (26 November 2021). "Siti Nordiana beri 'Amaran' kepada Bunga Isme". Astro Awani. Dicapai pada 29 November 2021.
  3. ^ "Siti Nordiana, Bunga Bergabung Dalam 'Amaran', Cabar Diri Bawa Kelainan Dalam Seni Muzik". ERA. 7 Disember 2021. Dicapai pada 17 Disember 2021.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (12 Disember 2021). "Amaran sisi berbeza Nana". Harian Metro. Dicapai pada 17 Disember 2021.
  5. ^ Syafil Syazwan Jefri (3 Disember 2021). "Ini Amaran Siti Nordiana". Harian Metro. Dicapai pada 17 Disember 2021.
  6. ^ Qarami Hashim (2 Disember 2021). "Dah biasa bawa lagu 'leman', kali ini Siti Nordiana beri 'Amaran'... muncul dengan lagu rentak EDM bersama Bunga Isme". mStar Online. Dicapai pada 18 Disember 2021.
  7. ^ a b Zaidi Mohamad (4 Disember 2021). "Lagu sahaja, bukan sindir sesiapa - Siti Nordiana". Berita Harian. Dicapai pada 17 Disember 2021.
  8. ^ Hawa Soleha Saleem (3 Disember 2021). "Siti Nordiana tak sindir sesiapa, 'Amaran' hanya hiburan - "Memang menjadi promosi lagu ini"". mStar Online. Dicapai pada 18 Disember 2021.
  9. ^ Fatin Farhana Ariffin (30 November 2021). "Nana, Bunga pejuang hak wanita". Berita Harian. Dicapai pada 17 Disember 2021.
  10. ^ Khai Azfar (10 Disember 2021). "[ULASAN] 'Amaran' Daripada Siti Nordiana & Bunga Menjadi!". Murai.my. Dicapai pada 17 Disember 2021.
  11. ^ Izz Fizz (4 Disember 2021). "Siti Nordiana dan Bunga bagi "Amaran"?". Wacana. Dicapai pada 18 Disember 2021.