Aman Belon
Aman Belon merupakan pelakon bangsawan dan pelawak terkenal era 1950-an di Malaysia dan Singapura.
Aman Belon | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Rahman bin Salim 20 Mei 1892 |
Meninggal dunia | 15 Mac 1965 | (umur 72)
Pada 1950-an, terdapat beberapa kumpulan Bangsawan seperti Wayang Kasim, Bangsawan Zanibar Royal Theaterical Company of Singapore ; dan Yap Chow Tong Opera yang bergerak di Singapura dan Malaysia. Antara pelakon Bangsawan ketika itu ialah Khairuddin Thairo dan Wan Yet Al-Kaf.
Keluarga seni
suntingRamai saudara dan anak cucu beliau terlibat dalam kegiatan seni persembahan di Malaysia. Antaranya ialah Datin Sophia Ibrahim, Datuk Khadijah Ibrahim (Khaty) dan Latif Ibrahim yang merupakan cucu-cucu saudaranya.[1]
Bangsawan 1950-an
suntingAman Belon terlibat dalan dunia lakonan dan lawak pentas Bangsawan era 1950-an khususnya di Singapura. Antara pelakon ketika itu ialah ,Siti Hawa Bangsawan, Tina, Habsah, Puteh Lawak (Borneo Star Opera) dan Adi Teruna. Kebanyakan pelakon lahir dari pentas Bangsawan. Mereka bekerja dalam kumpulan Bangsawan terutama di seluruh rangkaian taman hiburan Shaw.
Kemerosotan Bangsawan berlaku akibat masalah pengurusan kewangan yang lemah, organisasi tidak stabil dan selamat dan banyak yang bankrap .Ada pengurus rombongan yang melarikan wang kutipan dan tidak membayar gaji / upah pekerja dan pelakon. Kebanyakan wanita utama Bangsawan berkahwin dengan lelaki kaya, manakala bintang lelaki pula berkahwin janda kaya. Anggota pasukan ini kerap terlibat dalam maksiat seperti minum arak dan judi. Gejala sosial ini menyebabkan industri ini akan dipulaukan dan ahli-ahlinya dianggap sebagai "berstatus sosial yang rendah". Pekerja dan pelakon ini akhirnya beralih ke industri filem yang berkembang ketika itu.
Pelakon Melayu ketika itu merupakan gabungan pelbagai dialek tempatan iaitu dari rantau nusantara. Bintang filem, Siput Sarawak (Ramlah binti Abdullah) berasal dari Sarawak; Kasma Booty berasal dari Indonesia, S. Roomai Noor dari Pahang dan Maria Menado adalah dari Menado, Sulawesi Utara, Indonesia. [2]