Amal Hijazi

Pelakon dan penyanyi wanita Lubnan

Amal Hijazi atau Amal Higazi (Arab:أمل حجازى) (lahir di Beirut, Lubnan, 20 Februari 1977; umur 48 tahun) ialah seorang penyanyi, model, dan pelakon Lubnan yang popular di seluruh dunia Arab. Kejayaannya yang utama bermula dengan penerbitan Zaman (Masa Lalu), albumnya yang kedua yang menjadi kegemparan blokbuster. Hijazi terkenal kerana daya cipta video muziknya yang tinggi serta juga kerana suara dan gaya menyanyi yang tersendiri.ia seorang Sunni Lubnan.[1]

Amal Hijazi
أمل حجازى
Juga dikenali
sebagai
Amal Sunting nilai ini di Wikidata
Kelahiran (1977-02-20) 20 Februari 1977 (umur 48)
Lubnan Beirut, Lubnan
WarganegaraLubnan Sunting nilai ini di Wikidata
Genre
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Alat muzikSuara Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif2000 — sekarang
DiskografiLihat: Amal Hijazi discography (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakamanDilara Master (2000—2001), Music is My Life (2002—2003), Rotana Music Group (2004—2014)
Pautan berkaitan
Pautan lainFacebook: amalhijazipage Twitter: AmalHijazi Instagram: amalhijazy Musicbrainz: 1cc2e9fb-920e-4126-a5ad-9c28133adf6c Discogs: 3126498 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hijazi telah dibandingkan dengan berbagai-bagai penyanyi Lubnan yang termasyhur seperti Nancy Ajram, Haifa Wehbe, Nawal El Zoghbi, dan Elissa.[2] Bagaimanapun, beliau enggan dibandingkan dengan mereka dan berkata bahawa beliau tidak bergantung kepada rupa dan gaya yang menggoda untuk mencapai kepopularan, tetapi sebaliknya hanya menumpukan perasaan untuk menyampaikan pesanan kepada penonton. Beliau menambah bahawa tidak sekali pun pada sepanjang kerjaya penyanyiannya bahawa beliau berasa terpaksa akan keperluan untuk membuat video muzik yang menggoda demi mencapai kepopularan dan hanya bergantung kepada bakat sendiri dan hormat kendiri untuk bernyanyi.[3]

Kini merupakan salah satu penyanyi Lubnan yang paling aktif, Hijazi telah memberi persembahan dalam sebilangan konsert di seluruh dunia serta juga membuat kemunculan TV yang tidak berbilang. Beliau juga terkenal kerana sokongannya kepada berbagai-bagai projek amal, selain daripada merupakan duta jenama Panasonic yang terkenal.

Hijazi kini memiliki empat buah album blokbuster dan telah mencapai kejayaan yang cemerlang di banyak negara Arab, selain daripada Eropah dan Amerika Syarikat.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting