Amélie (filem)
Amélie atau nama penuhnya Le Fabuleux Destin d'Amélie Poulain (Takdir Tidak Terperi Amélie) ialah sebuah filem komedi romantik Perancis 2001. Ia diarahkan Jean-Pierre Jeunet dan dibintangi oleh Audrey Tautou yang memegang watak Amélie. Lakon layar yang ditulis oleh Jean-Pierre bersama Guillaume Laurant ini berlatarbelakangkan kehidupan di Montmarte, Paris. Ia mengisahkan tentang gadis pelayan restoran yang pemalu tetapi memutuskan untuk mengubah kehidupan orang-orang di sekelilingnya sementara bergelumang dengan kehidupannya sendiri yang terasing.
Amélie (Le Fabuleux Destin d'Amélie Poulain) | |
---|---|
Pengarah | Jean-Pierre Jeunet |
Penulis | Jean-Pierre Jeunet (senario) Guillaume Laurant (dialog) |
Dihasilkan oleh | Jean-Marc Deschamps Claudie Ossard |
Dibintangi | Audrey Tautou Mathieu Kassovitz Rufus Claire Maurier Isabelle Nanty Dominique Pinon Serge Merlin Jamel Debbouze Arthus de Pengerne Maurice Bénichou |
Dikisahkan oleh | André Dussollier |
Sinematografi | Bruno Delbonnel |
Disunting oleh | Jeffery Schneid |
Muzik oleh | Yann Tiersen |
Diedarkan oleh | UGC (Perancis) Miramax Films (A.S.)[1] |
Tarikh tayangan | 25 April 2001 (Perancis) 5 Oktober 2001 (UK) 16 November 2001 (A.S.) 21 Disember 2001 (Australia) |
Masa tayangan | 122 min. |
Negara | Perancis |
Bahasa | Perancis |
Bajet | €11,400,000[1] |
Pecah panggung | $173,921,954 (seluruh dunia) |
Filem ini merupakan terbitan usaha sama Perancis dan Jerman. Amélie telah memenangi banyak anugerah-anugerah filem di antaranya Filem Terbaik di Anugerah Filem Eropah pada 2002 di Jerman dan Anugerah César di Perancis pada tahun yang sama. Ia juga telah menerima lima pencalonan Anugerah Academy 2002 di Amerika Syarikat dalam kategori Penataan Seni Terbaik-Penataan Set, Sinematografi Terbaik, Filem Bahasa Asing Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik serta Lakon Layar & Cerita Asal Terbaik. Filem ini walau bagaimanapun tidak diputarkan di Malaysia. Ia masuk ke pawagam-pawagam negara tetangga Asia lain seperti Korea Selatan, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Filipina.
Plot
suntingTemplat:Spoiler Amélie Poulain adalah seorang gadis yang dibesarkan terasing dari kanak-kanak lain. Bapanya Raphaël yang pendiam dan kera sumbang merupakan seorang mantan doktor tentera Perancis. Dia yang tidak pernah bersentuhan dengan anaknya membuatkan anak perempuannya teramat gugup setiap kali disentuh hanya ketika pemeriksaan kesihatan oleh sang bapa. Kadar denyutan jantung Amélie meningkat dan hal ini telah didiagnosis sebagai masalah jantung. Amélie yang tidak dihantar ke sekolah belajar dirumah oleh ibunya Amandine, seorang guru sekolah yang berkemurungan neurotik. Amandine meninggal di kala anaknya masih kecil. Dia mangsa kepada wanita Quebec yang terjun membunuh diri di Gereja Notre Dame yang jatuh menghempapnya. Sejak itu sikap menyendiri Raphaël menjadi-jadi. Abu mendiang isterinya itu ditempatkan di taman di rumah mereka seolah tugu peringatan. Amélie yang juga bersendirian mulai giat berdaya imaginasi cergas.
Amélie bekerja sebagai pelayan sebuah kafe di Montmartre, Café des 2 Moulins (Kafe Dua Kincir Angin) kepunyaan mantan penghibur sarkas. Kafe tersebut menjadi tempat pengunjung-pengujung aneh bertandang. Seusia 23 tahun, kehidupan biasa Amélie diiringi beberapa hubungan romantik yang tidak berjaya. Dia menghabiskan sebahagian masanya untuk nikmat-nikmat seharian yang enteng seperti memasukkan tangan ke dalam guni yang dipenuhi bijian, memecahkan crème brûlée dengan sudu, membaling batu di permukaan Terusan St. Martin, juga meneka berapa pasangan yang sedang mengalami syahwat pada satu-satu masa ("lima belas!", jawabnya ke arah kamera) dan merantau bebas dengan imaginasinya.
Pelakon
sunting- Audrey Tautou ... sebagai Amélie Poulain
- Mathieu Kassovitz ... sebagai Nino Quincampoix
- Rufus - ... sebagai Raphaël Poulain
- Lorella Cravotta ... sebagai Amandine Poulain
- Serge Merlin ... sebagai Raymond Dufayel
- Jamel Debbouze ... sebagai Lucien
- Clotilde Mollet ... sebagai Gina
- Claire Maurier ... sebagai Suzanne
- Isabelle Nanty ... sebagai Georgette
- Dominique Pinon ... sebagai Joseph
- Artus de Penguern ... sebagai Hipolito
- Yolande Moreau ... sebagai Madeleine Wallace
- Urbain Cancelier ... sebagai Collignon
- Maurice Bénichou ... sebagai Dominique Bretodeau
- Michel Robin ... sebagai En. Collignon
- Andrée Damant ... sebagai Pn. Collignon
- Claude Perron ... sebagai Eva teman sekerja Nino
- Armelle Lesniak ... sebagai Philomène, pramugari
- Ticky Holgado ... sebagai Lelaki dalam gambar
- Kevin Fernandes ... sebagai Bretodeau, semasa kecil
- Flora Guiet ... sebagai Amélie, 6 tahun
- Amaury Babault ... sebagai Nino, semasa kecil
- André Dussollier ... sebagai dalang
Edaran and reaksi
suntingFilem ini telah dilancarkan di Perancis, Belgium, dan bahagian Switzerland yang bertutur bahasa Perancis pada April 2001. Ia dituruti dengan tayangan di pelbagai festival filem antarabangsa di seluruh dunia. Ia diputarkan secara terhad di Amerika Utara, UK dan Australiasia di penghujung 2001.
Kritikan
suntingFilem ini telah mendapat pujian dan kejayaan komersil dan artistik tapi telah dihentam oleh pengkritik Serge Kaganski dari les Inrockuptibles. Beliau meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai paparan masyarakat moden Perancis yang tidak realistik, dibuat-buat dan ketinggalan zaman dengan mengenepikan kaum pendatang minoriti. Menurut Serge, pembikin filem ini seolah-olah hanya akan dapat memaparkan kesempurnaan Paris dengan membasmi hampir kesemua orang-orang kulit hitam. Jean-Pierre seterusnya menyangkal dakwaan itu dengan berkata koleksi gambar potret yang dipaparkan di dalam filem tersebut terkandung di dalamnya wajah pelbagai kaum dan Jamel Debbouze pemain watak Lucien, berketurunan Maghribi.
Penolakan Cannes
suntingGilles Jacob selaku penyelia Festival Filem Cannes memerikan Amélie sebagai "tidak menarik", dan tidak memilih filem itu untuk tayangan di festival berkenaan walaupun versi yang ditontonnya belum diedit dengan muzik. Ketiadaan Amélie di festival berprestij itu mengundang resah dan kontroversi memandangkan media Perancis dan khalayak menyambut hangat filem tersebut.