Almayer's Folly

buku karya Joseph Conrad


Almayer's Folly, ("Kesilapan Almayer") diterbitkan pada tahun 1895, ialah novel pertama Joseph Conrad. Berlatarkan penghujung abad ke-19, ia berkisar pada kehidupan seorang pedagang berbangsa Belanda, Kasper Almayer, di hutan Borneo, dan perhubungannya dengan anak gadis kacukannya Nina.

Almeyer's Folly ("Kesilapan Almeyer")
Umum
PengarangJoseph Conrad
NegaraBritain
BahasaInggeris
Penerbitan
PenerbitT. Fisher Unwin
Tarikh penerbitan
1895
Kronologi
Novel sulung 'An Outcast of the Islands'

Almayer's Folly ialah kisah tentang seorang ahli perdagangan miskin yang bermimpi untuk menjumpai lombong emas yang tersembunyi dan seterusnya menjadi kaya. Beliau seorang Eropah berkulit putih yang berkahwin dengan seorang natif Melayu; mereka mempunyai seorang anak gadis bernama Nina. Almayer gagal mencari lombong emas, dan pulang dengan hampa. Sebelumnya, beliau pernah mendengar cerita yang pihak British bercadang untuk menakluk Sungai Pantai, dan beliau telah membina sebuah rumah besar berdekatan dengan tempat tinggalnya, agar dapt menyambut pihak penakluk. Namun, penaklukan tidak terjadi dan rumahnya juga tidak terbina dengan lengkap. Beberapa orang pelaut Belanda telah menamakan rumah itu sebagai Almayer's Folly atau "Kesilapan Almayer". Sekarang, Almayer berterusan membuat perjalan jauh, tapi akhirnya beliau berhenti melakukan demikian dan duduk di rumah dengan impiannya tentang kekayaan dan kemewahan. Isteri natifnya membencinya kerana ini.

Adaptasi Filem

sunting

Pautan luar

sunting

Almayer's, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg