Aliff Syukri Kamarzaman

Ahli perniagaan

Yang Hormat Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP (lahir 3 April 1987) merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.


Aliff Syukri Kamarzaman
اليف شكري بن كمرالزمن

Kelahiran
Aliff Syukri bin Kamarzaman

(1987-04-03) 3 April 1987 (umur 37)
Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang, Malaysia
Nama lainDatuk Terlajak Laris
PekerjaanUsahawan, penyanyi, pelakon
PasanganDatin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid (k. 2007)
Anak-anak6
Ibu bapa
  • Kamaruzaman bin Kamaludin (bapa)
  • Rozita binti Ibrahim (ibu)

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987. Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5. Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu.

Kerjaya perniagaan

Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya berjaya membina perniagaan yang dikenali ramai. Berasal dari keluarga yang sederhana membuatkan beliau menghargai setiap sen yang diperolehi. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangat untuk berniaga bermula dengan impian beliau untuk hidup senang setelah melihat rakan sekolahnya membawa wang saku sebanyak 50 sen dan beliau hanya ada 20 sen.

Semangat dan kecekalan untuk memperolehi duit saku bermula dengan menjual jeruk mempelam dan jambu sejak disekolah lagi. Kesungguhan beliau jelas dilihat apabila beliau sendiri memanjat pokok mempelam dan pokok jambu bagi mendapatkan buah untuk dijadikan jeruk. Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan yang dimuatkan dengan jeruk untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Setelah tamat zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.

Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus serius dalam berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, 'bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting'. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Badang Badrul Hisham / Badang Filem pertama
2021 Mat Bond Malaya Ejen 2 Penampilan khas

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Biar Aku Jadi Penunggu Syafiq Sukem TV3 Penampilan khas
2017 Tuyul Ke London Toyol Aliff Astro Warna
My Coffee Prince Pelanggan Astro Ria Penampilan khas
Upin & Ipin (Musim 11) Dirinya sendiri (suara) TV9 Episod: "Terlajak Laris"
2018 Misteri Jenazah Dato Astro Prima

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Ooops! Terlajak Nikah Zahid Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Sepahtu Reunion Live Kameo Astro Warna Episod: "Harapan"

Diskografi

Single
Tahun Tajuk Penyanyi undangan
2017 "Abang Nak Tegur" Nur Sajat
"Abang Nak Tegur 2.0" Nur Shahida
2018 "Abang Nak Tegur 3.0" Nur Sajat & Nur Shahida
"Bobo Di Mana" Nur Sajat & Lulucinta Luna
"Biar Kata Orang Kata"
2019 "Cowok Baru" Upiak
"Jom Raya" Bella Astillah & Zizi Kirana
"Haruman Syurga" Nur Shahida
2020 "Cuba Bahagia"
2021 "Lala Raya"
2022 "Kelepuk Raya"
"Baby Sayang" Baby Shima
2023 "Chu Ku Chuk Raya"

Anugerah

Rujukan

Pautan luar