Aliakbar Gulasan

ahli politik Malaysia

YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan (lahir 8 Februari 1971) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Bajau/Pakistan. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Lantikan Dewan Undangan Negeri Sabah. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Yang Berhormat Datuk Dr.
Aliakbar Gulasan
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
ADUN Lantikan
Menyandang jawatan
8 Oktober 2020
Pengerusi
Lembaga Koko Malaysia
Dalam jawatan
1 Julai 2020 – 30 September 2021
Perdana Menteri
Menteri
Didahului olehAnyi Ngau
Digantikan olehRahimah Majid
Maklumat peribadi
Lahir (1971-02-08) 8 Februari 1971 (umur 53)
Keningau
Parti politik PAS
PasanganDatin Rohayati Bilmahruf
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
  • Gulasan bin Mushall Khan (bapa)
  • Ruhujah binti Musturullah (ibu)
Kediaman Sabah
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli Akademik

Latar belakang

sunting

Aliakbar dilahirkan di Kampung Kota Ayangan Keningau dan seterusnya menetap di Tenom, Sabah. Beliau anak keempat daripada lapan beradik. Ayah beliau, Gulasan bin Mushall Khan, awalnya bekerja sebagai pemandu kereta penumpang menggunakan kereta Land Rover (Tenom-Keningau). Ayahnya juga mempunyai tanah getah dan koko. Selepas itu, ayahnya juga menjadi pemandu di Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom. Emak beliau, Ruhujah binti Musturullah pula bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa[1].

Pendidikan

sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St Anthony Tenom bermula 1978 sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah St Anthony Tenom dari Tingkatan 1 hingga 5 (1983-1987). Kemudian beliau meneruskan persekolahan dalam Tingkatan Enam di SMK Gunsanad Keningau (1988-1999).

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Geografi. Selepas itu, beliau meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hingga lulus Ijazah Sarjana Pengurusan Alam Sekitar pada 1995 dan kemudian meneruskan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Geografi Bandar pada 2009[1].

Kerjaya

sunting

Selepas berjaya menamatkan pengajian di UKM pada 1995, beliau diterima berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak November 1996. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia ejak 1 Julai 2020[1]. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

Politik

sunting

Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[2].

Anugerah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Utusan Borneo (15 Ogos 2020). "Dr Aliakbar Gulasan, membesar bersama koko". PressReader.
  2. ^ Nur Fazlizai Ali (November 7, 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.