Ali Bakar
Ali Bakar (18 November 1947 – 16 Ogos 2003) ialah seorang pemain bola sepak yang mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada 1970-an.[1] Beliau bermain untuk Pulau Pinang FA di persaingan domestik Malaysia.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama lahir | Ali bin Abu Bakar | ||
Tarikh lahir | 18 November 1947 | ||
Tempat lahir | Pulau Pinang | ||
Tarikh kematian | 16 Ogos 2003 | (umur 55)||
Tempat kematian | Singapura |
Ali ialah seorang pemain tengah skuad pasukan Malaysia dalam pertandingan bola sepak di Sukan Olimpik Munich 1972.[2][3] Beliau juga mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 1974 apabila Malaysia menduduki tempat ketiga di Iran.[4][5] Selain itu, beliau merupakan sebahagian daripada pemain daripada pasukan Pulau Pinang FA yang telah memenangi Piala Malaysia pada tahun tersebut.[6] Selain itu, pada 1976, beliau turut membantu Pulau Pinang memenangi kejohanan antarabangsa Piala Emas Aga Khan yang diadakan di Dhaka.[7]
Meninggal dunia
suntingAli mengalami serangan jantung dan meninggal dunia di padang semasa bermain dalam perlawanan bola sepak amal di Singapura pada 16 Ogos 2003.[8] Mayatnya dimakamkan di Pulau Pinang.[9]Adiknya Isa Bakar juga seorang pemain bola sepak, juga bermain untuk Pulau Pinang dan Malaysia.
Rujukan
sunting- ^ Malaysia - Record International Players - RSSSF
- ^ "August 27 - September 10, Olympic Football Tournament Munich 1972: Malaysia". FIFA.com. Dicapai pada 19 February 2014.
- ^ Malaysia - Munich 1972 - FIFA.com
- ^ "Asian Games 1974"-RSSSF.
- ^ "Gangsa Di Sukan Asia 1974" (dalam bahasa Malay). Legasi Lagenda. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2021. Dicapai pada 17 September 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Penang was once a feared football force. New Straits Times. Archived from the original on 28 May 2012. Retrieved 27 January 2022.
- ^ Aga Khan Gold Cup Diarkibkan 25 Jun 2021 di Wayback Machine
- ^ Former Malaysian striker dies during football match: report - abc.net.au
- ^ "Former international Ali Bakar laid to rest - New Straits Times". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-11. Dicapai pada 2014-11-03.