Safa (album)

album ke-7 oleh Siti Nurhaliza
(Dilencongkan daripada Album Safa)

Safa[5] merupakan album studio ketujuh Siti Nurhaliza,[6] dilancarkan pada 11 Januari 2001, jatuh pada tarikh ulang tahun kelahiran Siti ke-22.[7] "Safa" membawa erti putih, suci. Album pop yang kelima ini membawa erti baru dalam kerjaya nyanyian Siti apabila lagu "Percayalah" dipilih menjadi single pertama di dalam album ini. Album ini telah terjual melebihi 60,000 unit[8] dan ia menjadi album terakhir Siti yang menggunakan khidmat Adnan Abu Hassan selaku penerbit album.

Safa
Album studio oleh
Dilancarkan pada11 Januari 2001
Dirakamkan padaApril–Disember 2000
GenrePop
Panjang45:52
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSuria Records
PenerbitAdnan Abu Hassan, Zulkifli Majid, Helen Yap, Azmeer, Pak Ngah, Ahmad Izham Omar, Ajai, Wong & Aubrey Suwito
Kronologi Siti Nurhaliza
Sahmura
(2000)
Safa
(2001)
Sanggar Mustika
(2002)
Single daripada Safa
  1. "Percayalah"
    Dikeluarkan: 1 Januari 2001
  2. "Lakaran Kehidupan"
    Dikeluarkan: 3 Mei 2001
  3. "Bicara Manis Menghiris Kalbu"
    Dikeluarkan: 6 Julai 2001
  4. "Azimat Cinta"
    Dikeluarkan: 15 September 2001
  5. "Indah Percintaan"
    Dikeluarkan: 21 Oktober 2001
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 4/5 bintang[1]
Harian Metro 4/5 bintang[2]
New Straits Times 2.5/5 bintang[3]
Tembang 3/5 bintang[4]

"Percayalah" merupakan nukilan Siti dan lirik ini ditujukan khas buat peminat beliau yang masih setia bersama Siti. Pak Ngah juga memperluaskan bakat beliau dengan mencipta lagu irama pop dengan lagu "Kudus Sinarmu". Bagi lagu "Lakaran Kehidupan", video muzik ini telah dipilih untuk dirakamkan dalam teknologi grafik komputer 3D. Pengambaran video muzik "Lakaran Kehidupan" dibuat di Dataran Merdeka, Ayer Keroh.

Bagi "Azimat Cinta", pengambaran video muzik dibuat di Kuala Lipis Lagu Beradu di Khayalan telah diterjemah ke versi bahasa Inggeris dengan tajuk Don’t Put My Heart On Hold. Antara single yang berjaya meraih perhatian ialah "Percayalah", "Lakaran Kehidupan", "Bicara Manis Menghiris Kalbu" dan "Kau Ku Sayang".

Penerbitan

sunting

Selepas kejayaan komersial enam albumnya terdahulu, Siti Nurhaliza mula mengumpul bahan-bahan baru untuk album studio ketujuhnya, Safa. Untuk album ini, beliau bekerjasama dengan Ahmad Izham Omar dan Aubrey Suwito sebagai penerbit album selain Adnan Abu Hassan, Azmeer, Zulkifli Majid, Pak Ngah dan Helen Yap. Siti menyatakan bahawa album ini begitu bermakna baginya dan ditujukan khas kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.[9][10] Safa menampilkan konsep muzik pop komersial yang lebih sentimental dan melankolik.[6]

Senarai runut

sunting
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Azimat Cinta"HazidaAdnan Abu Hassan4:57
2."Jalinan Cinta"Siti Nurhaliza, HaslanHelen Yap4:38
3."Percayalah"Siti NurhalizaAjai3:54
4."Lakaran Kehidupan"Siti NurhalizaMat SW4:56
5."Kudus Sinarmu"Ce'kemPak Ngah5:46
6."Kau Ku Sayang"Pot AmirPot Amir5:23
7."Beradu Di Khayalan"TisyaAubrey3:16
8."Indah Percintaan"M.ZulkifliNyzar4:48
9."Milikmu Teristimewa"Habsah HassanAzmeer3:40
10."Bicara Manis Menghiris Kalbu"Lukhman SAiman4:03


Keluaran

sunting

Album Safa dikeluarkan pada 11 Januari 2001, sempena ulang tahun kelahiran Siti ke-22 dan mendapat sambutan yang baik, terjual sebanyak 60, 000 unit semasa pelancarannya.[9]

Muzik video telah dikeluarkan untuk 6 lagu dalam album ini, iaitu Percayalah, Lakaran Kehidupan, Bicara Manis Menghiris Kalbu, Indah Percintaan, Azimat Cinta dan Jalinan Cinta. Muzik video lagu Lakaran Kehidupan telah dirakamkan dalam dua versi, satu dalam format 3D (bersama-sama dengan muzik video lagu Sandarkan oleh Erra Fazira) dan satu lagi dirakamkan di sebuah rumah Melayu tradisional. Manakala muzik video lagu Percayalah dan Indah Percintaan telah dirakamkan di Indonesia dan muzik video Azimat Cinta telah dirakamkan di Kuala Lipis, Pahang.

Siti Nurhaliza mengikuti keluaran album Safa dengan konsert solo beliau, Konsert Mega Siti Nurhaliza yang diadakan di Stadium Negara, Bukit Jalil pada 30 Jun 2001, enam bulan selepas pelancaran album ketujuhnya. Beliau sendiri menyanyikan beberapa lagunya dalam album Safa di konsert beliau.

Ulasan kritis

sunting

Safa menerima ulasan bercampur-campur kepada positif daripada pengulas muzik. Zainal Alam Kadir dari New Straits Times memberikan dua separuh bintang.[3] Zainal tidak puas dengan kehadiran terlalu banyak balada dalam album itu.[3] Beliau mengulas album itu, "Tidak ada lagu yang cukup mengesankan. Suara Siti mungkin satu-satunya rahmat menyelamatkan."[3] Di dalam ulasan yang lebih positif oleh Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail, beliau memuji vokal Siti dan berarti "Percayalah" sebagai lagu kegemarannya daripada album. Beliau menulis lagu Siti sebagai "bersebelahan sempurna".[11] Beliau menyimpulkan ulasannya sebagai "Safa menawarkan pelbagai lagu yang digilap yang mempamerkan kepelbagaian Siti sebagai penyanyi."[11] Saniboey dari Harian Metro memberikan taraf empat bintang.[2] Di dalam komen terakhirnya, beliau menulis, "[...] permulaan 2001 Siti memang baik menerusi Safa, namun saya sukar sekali mahu mengatakan ini adalah album terbaiknya."[2] Dalam ulasan tiga dari empat bintang oleh Joko dari Tembang, beliau mengulas vokal Siti dalam Safa dengan baik.[4] Beliau memuji bagaimana Safa meneroka vokal Siti dengan maksimum dan kejelasan dan kualiti suara Siti.[4]

Kedudukan carta

sunting

Album

Carta (2001) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 2

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2001

Azimat Cinta

18 - - -

Percayalah

1 1 - 1

Lakaran Kehidupan

4 8 - 4

Bicara Manis Menghiris Kalbu

7 1 - 3

Indah Percintaan

- - - 12

Maklumat tambahan

sunting

Anugerah

sunting

Anugerah ERA

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2001[12][13][14][15]
"Percayalah" Lagu Pop Pilihan Terbaik Menang
Muzik Video Pilihan Terbaik Menang

Anugerah Pilihan Hits Pendengar RMKL dan Radio Muzik

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2002[16] "Bicara Manis Menghiris Kalbu" Persembahan Terbaik Menang
Hits Pilihan Pendengar Tercalon

Anugerah Planet Muzik

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2002[17][18]
Safa Album Terbaik Tercalon
"Percayalah" Lagu Terbaik Tercalon

Anugerah Juara Lagu

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2001 "Percayalah" Lagu Balada Terbaik Tercalon
2002 "Bicara Manis Menghiris Kalbu" Tercalon

Anugerah Industri Muzik

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2002[19][20] Safa Persembahan Vokal TerbaikDi Dalam Album (Wanita) Tercalon
Album Pop Terbaik Tercalon
"Percayalah" Lagu Terbaik Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Safa. Discogs.
  2. ^ a b c Saniboey (16 January 2001). "(Ulasan album)". Harian Metro. Dicapai pada 6 January 2018.
  3. ^ a b c d Zainal Alam Kadir (12 February 2001). "Simple mastery with Sheila On 7". New Straits Times. m/s. 4 (Life ... is). Dicapai pada 6 January 2018.
  4. ^ a b c Joko (2001). "Safa : Nilai Lebih Sebuah Musik Pop". Tembang.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2013. Dicapai pada 6 January 2018.
  5. ^ Siti Nurhaliza - Safa Diarkibkan 2016-10-02 di Wayback Machine Sitisentral. Diakses pada 28 September 2016.
  6. ^ a b Safa album terbaru Siti Nurhaliza Diarkibkan 2018-01-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia. 5 Januari 2001. Dicapai pada 7 Januari 2014.
  7. ^ Zul Husni Abdul Hamid (9 Januari 2001). "Siti lancar Safa pada hari jadi". Berita Harian. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  8. ^ Hits Of The World - Malaysia Jessica Watson and Menno Visser (17 February 2001). Billboard. Books.google.com. Retrieved on 25 February 2011.
  9. ^ a b Siti Nurhaliza Tarudin Official Facebook. Diperoleh pada 28 Disember 2009.
  10. ^ Safa (keratan catatan). Siti Nurhaliza. Suria Records. 2001. SRCD 02-23526.CS1 maint: others (link)
  11. ^ a b Marina Abdul Ghani (23 January 2001). "Pure soul". Malay Mail. Dicapai pada 6 January 2018.
  12. ^ Jamliah Abdullah (7 Oktober 2001). "Suasana meriah Anugerah ERA '01". Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 2010-08-22.
  13. ^ Shazryn Mohd. Faizal (9 September 2007). "Siti terus ungguli vokal". Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 2010-08-24.
  14. ^ "BAGAIMANA MAHU MENGUNDI?". Era.fm. Dicapai pada 2010-08-24.
  15. ^ Khadijah Ibrahim (3 Julai 2002). "Anugerah Era 2002 dijangka hebat". Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 2010-08-24.
  16. ^ Rosli Manah (6 Mei 2002). "Konsert Pilihan Hits - Sambutan luar jangkaan". Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 21 September 2010.
  17. ^ Ahmad, Azman (22 Januari 2002). "Four Malaysian artistes vie for top APM 2002 award". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-21. Dicapai pada 2014-10-22.
  18. ^ Samat, Hafidah (8 Februari 2002). "Starry night at Planet awards". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-28. Dicapai pada 2014-10-22.
  19. ^ "AIM 2002 - Pemenang sukar diramal". Utusan Malaysia Online. 11 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada 21 September 2010.
  20. ^ "Apa kata pemenang anugerah". Utusan Malaysia Online. 22 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada 21 September 2010.

Pautan luar

sunting