Al-Faruq (gelaran)
Al-Faruq (Bahasa Arab: الفاروق, "pemisah") ialah gelaran yang diberikan kepada orang yang membezakan hak dan batil.[1] Ia merupakan gelaran sejarah yang terkenal dari khalifah kedua, Umar.
Sebutan | Al-Farooq (Aksara Arab: فاروق), Farouk, Faruqi, Farook, Faruk, Faroeq, Faruq, Farouq, Farooqi, Farooqui, Fārūq |
---|---|
Jantina | Lelaki |
Bahasa | Bahasa Arab |
Asal-usul | |
Maksud | Pemisah antara hak dan batil. |
Rantau asal | Arabia (Timur Tengah) |
Etimologi
suntingMenurut Lisān al-'Arab (kamus bahasa Arab oleh Ibn Manẓur), al-Faruq merujuk kepada perbuatan membezakan antara dua perkara, serta melambangkan ciri seseorang yang mampu membezakan antara hak dan batil.[2] Al-Faruq diterjemahkan sebagai "pembeza" oleh Gerald T. Elmore,[3] Richard F. Burton.[4]
Sejarah
suntingMenurut sumber sejarah Sunni, Muhammad menggelarkan Umar ibn al-Khattab sebagai al-Faruq.[1] Anak kepada Kahn Jahan, menteri kepada Muhammad bin Tughluq mendakwa Umar ibn al-Khattab mendapat gelaran ini daripada nabi Islam iaitu Muhammad.[5] Juga khalifah Umayyah Sulaiman menggelarnya sebagai al-Faruq. Disebutkan dalam Riwayat Tabari, Taqabat ibn Sad, dan Tahdhib, "Ahli Kitab (Yahudi) ialah orang pertama yang memanggil Umar sebagai al-Faruq, kami tidak pernah mendengar Rasulullah membuat rujukan sedemikian."[6]
Antara sumber-sumber sejarah Syiah, terdapat hadis yang disandarkan kepada Nabi Muhammad di mana baginda menggelarkan Ali ibn Abi Talib sebagai al-Faruq.[7] Abu Dhar al-Ghifari dan Salman dari Parsi meriwayatkan sebahagian daripada hadis ini.[8] Terdapat juga beberapa sumber Syiah yang menekankan bahawa ahli Kitab menggelar Umar bin al-Khattab sebagai al-Faruq.[7][9]
Lihat juga
sunting- Al-Faruq, biografi moden tentang Umar
- Masjid Al Faruq Omar Bin Al Khattab, masjid yang dinamakan untuknya di Dubai
- Alevi
- Ali dalam al-Quran
- Tempat kelahiran Ali bin Abi Thalib
- Farooqi
- Senarai ekspedisi Ali pada zaman Muhammad
- Sahabat
- Pandangan Sunni terhadap Ali
- Omar, siri televisyen
- Wali
- Zulfiqar
Rujukan
sunting- ^ a b Mohammed Jabar (1 November 2014). Islam and the West: A Rational Perspective. Memoirs Publishing. m/s. 69–. ISBN 978-1-86151-298-7.
- ^ Ibn Manẓūr. Lisān al-'Arab. m/s. 303.
- ^ Elmore, Gerald T. (1999). Islamic Sainthood in the Fullness of Time: Ibn Al-Arabi's Book of the Fabulous Gryphon. Brill Academic Pub; annotated edition. m/s. 283. ISBN 978-9004109919.
- ^ Burton, Richard F. (December 2008). Arabian Nights. Cosimo Classics. m/s. 99. ISBN 978-1-60520-578-6.
- ^ "Sarkár of Dándes". Bibliotheca Indica. Baptist Mission Press. 61 (2). p. 226, footnote 4. 1891. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ Yar-Shater, Eshan, penyunting (2015). The Conquest of Iran A.D. 641-643/A.H. 21-23. The History of al-Tabari. 14. Diterjemahkan oleh Smith, G Rex. SUNY Press. m/s. 96. ISBN 978-1-4384-2039-4.
- ^ a b Mesbah Yazdi, Mesbah Yazdi. quarter of arrogancزینهار از تکبر]. 1. m/s. 217.
- ^ Ameli, jafar morteza. Ṣaḥīḥ of Biography of Imam Ali. 14. m/s. 156.
- ^ Wheeler, Brannon (2002-06-18). Prophets in the Quran: An Introduction to the Quran and Muslim Exegesis. Bloomsbury Academic. m/s. 358. ISBN 978-0-8264-4957-3.