Aku Pilih Bahagia merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Bade Hj Azmi di bintangi oleh Emma Maembong, Fizz Fairuz dan Alvin Chong. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 3 April 2022 menggantikan Nurlaila. [1]

Aku Pilih Bahagia
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Aku Pilih Bahagia karya Umie Nadzimah
Ditulis olehBaizura Kahar
PengarahBade Hj. Azmi
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kau Yang Bertakhta" - Sarah Suhairi
Lagu penutup"Kau Yang Bertakhta" - Sarah Suhairi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
PenerbitDato Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 April 2022 – 2 Mei 2022

Sinopsis

sunting

Kisah 3 orang wanita iaitu Dhiya, Inas dan Arneesa yang mengalami masalah rumah tangga. Mereka bangun memulakan hidup baru demi kebahagiaan sendiri.

Dhiya isteri yang disayangi, bukan yang dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan. Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali.

Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama. Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.

Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai. Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu.

Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai.

Pelakon

sunting
  • Emma Maembong sebagai Dhiya
  • Fizz Fairuz sebagai Aidan
  • Alvin Chong sebagai Dzikri Hafiy
  • Nabilah Dally sebagai Humaira
  • Rahim Omar sebagai Roslan
  • Raja Azmi sebagai Rahmah
  • Nadya Syahera sebagai Arneesa
  • Yaya Maembong sebagai Inas
  • Meor Mohd sebagai Farhan
  • Farra Zainuddin sebagai Najah
  • Eliza Mustafa sebagai Zahra
  • Jeff Hassan sebagai Dahlan
  • Maryam Annisa sebagai Maream
  • Siti Ruwiyani sebagai Mak Long
  • Zidri Mikail sebagai Riqky
  • Aidan Razeen sebagai Rayqal
  • Hashim Osman sebagai Majid Jering
  • Draman Muhammad sebagai Ayah Humaira
  • Ayu Azlina sebagai Mak Humaira
  • Adiba Yunus sebagai Ucu
  • Imran Ashraff sebagai Abang Dhiya

Rujukan

sunting
  1. ^ Drama Aku Pilih Bahagia. MyInfoTaip. Dicapai 2 April 2022