Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah akta Parlimen Malaysia bagi mencegah kesalahan pilihan raya dan perbuatan rasuah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam pilihan raya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan pasukan penguat kuasa dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya; bagi membuat peruntukan mengenai perlantikan ejen pilihan raya dan bagi mengawal belanja pilihan raya; dan bagi membuat peruntukan mengenai petisyen pilihan raya. Akta ini pertama kali dibuat pada 1954, dan kemudian disemak semula pada 1969.
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 اكتا كسالهن ڤيليهن راي 1954 | |
---|---|
Tajuk panjang
| |
Petikan | |
Jangkauan wilayah | Seluruh Malaysia |
Tarikh digubal | 1954 (Ordinan No. 9 tahun 1954) 1969 (Akta 5 m.b.p. 12 April 1969) |
Tarikh kuat kuasa | Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya[a]—30 April 1954, L.N. 250/1958; Sabah[b], Wilayah Persekutuan Labuan[c]—1 Ogos 1965, P.U. 176/1966; Sarawak[d]—1 November 1966, P.U. 227/1967 |
Pindaan | |
Ordinan Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1955 [Ord. 10/1955] Ordinan Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1959 [Ord. 10/1959] Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pindaan) 1961 [Akta 19/1961, s. 10] Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1961 [Akta 33/1961] Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1964 [Akta 6/1964] Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 7/1964, s. 5] Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sabah) 1966 [P.U. 56/1966] Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sabah) 1966 [P.U. 144/1966] Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sarawak) 1966 [P.U. 497/1966] Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sabah) 1966 [P.U. 498/1966] Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sabah) (Pindaan) 1967 [P.U. 348/1967] Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sarawak) (Pindaan) 1967 [P.U. 349/1967] Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sarawak) (Pindaan) 1968 [P.U. 55/1968] Peraturan Perintah Mahkamah (Petisyen Pilihan Raya) (Pindaan) 1968 [P.U. 104/1968] Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1969 [Akta A5] Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970 [P.U. (A) 282/1970] Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971 [Akta 59] Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1974 [Akta A245] Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975 [Akta 160] Akta Mahkamah Rendah Perintah (Perluasan) 1980 [P.U. (A) 357/1980] Ordinan Pemberitathuan di bawah Nama Jawatan 1949 [P.U. (B) 57/1982] Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1986 [Akta A640] Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1990 [Akta A769] Akta Keretapi (Syarikat Pengganti) 1991 [Akta 464] Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 [Akta A885] Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1994 [Akta A890] Akta Pentafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996] Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002 [Akta A1177] Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2003 [Akta A1204] | |
Status: Berkuat kuasa |
Terdapat 7 bahagian di dalam akta ini:-
- Permulaan dan pentafsiran
- Kesalahan pilihan raya
- Perbuatan rasuah
- Ejen pilihan raya, belanja pilihan raya dan perbuatan yang menyalahi undang-undang
- Pasukan penguat kuasa
- Maaf kerana perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang
- Alasan bagi membatalkan pemilihan
- Petisyen pilihan raya
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Catatan—Lihat seksyen 6 Akta A1095.
- ^ Catatan—Untuk perluasan dan pengubahsuaian Akta ke Sabah, lihat P.U. 56/1966, P.U. 144/1966, P.U. 498/1966, P.U. 348/1967.
- ^ Catatan—Lihat seksyen 6 Akta A585.
- ^ Catatan—Untuk perluasan dan pengubahsuaian Akta ke Sarawak, lihat P.U. 497/1966, P.U. 349/1967, P.U. 55/1968.
Pautan luar
sunting- Teks akta di Jabatan Peguam Negara Diarkibkan 2018-12-22 di Wayback Machine