Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010

Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 ialah undang-undang Malaysia yang memperuntukkan pendaftaran dan pengawalseliaan agensi pelaporan kredit dan perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010
Parlimen Malaysia
Tajuk panjang
  • Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan pengawalseliaan orang yang menjalankan perniagaan pelaporan kredit dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
Petikan
Jangkauan wilayah
Seluruh Malaysia
Digubal oleh
Tarikh diluluskan
20 April 2010
Digubal oleh
Tarikh diluluskan
4 Mei 2010
2 Jun 2010
Tarikh mula berkuat kuasa
10 Jun 2010
Tarikh kuat kuasa
15 Januari 2014, P.U. (B) 12/2014[1]
Sejarah perundangan
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang Agensi Pelaporan Kredit 2009
Petikan rang undang-undang
Diperkenalkan oleh
Bacaan pertama
Bacaan kedua
Bacaan ketiga
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Negara
Rang Undang-Undang Agensi Pelaporan Kredit 2009
Petikan rang undang-undang
Diperkenalkan oleh
Bacaan kedua
Bacaan ketiga
Perundangan berkaitan
Kata kunci
Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, agensi pelaporan kredit, pelaporan kredit
Status: Berkuat kuasa

Rang Undang-undang ini telah diperkenalkan ke dalam Parlimen Malaysia oleh Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia pada 18 November 2009.[2]

Ia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 20 April 2010 dan Dewan Negara (Senat) pada 4 Mei 2010 tanpa apa-apa pindaan.[3] Akta tersebut telah mendapat Perkenan Diraja pada 2 Jun 2010 selaras dengan Fasal 4A Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.

Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit([1]), Kementerian Kewangan Malaysia bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta ini.

Struktur

sunting

Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 mempunyai 9 Bahagian yang mengandungi 77 seksyen dan 4 jadual[4]

  • Bahagian I: Permulaan
  • Bahagian II: Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pendaftar
  • Bahagian III: Pendaftaran Agensi Pelaporan Kredit
  • Bahagian IV: Pengurusan Agensi Pelaporan Kredit
  • Bahagian V: Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit
  • Bahagian VI: Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan
  • Bahagian VII: Penguatkuasaan
  • Bahagian VIII: Pelbagai
  • Bahagian IX: Peruntukan Kecualian dan Peralihan
  • Jadual Pertama
  • Jadual Kedua
  • Jadual Ketiga
  • Jadual Keempat

Perundangan subsidiari

sunting

Dibawah seksyen 72 Akta, Menteri telah membuat perundangan subsidiari berikut:

Catatan

sunting
  • Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [5] [Akta 709] tidak terpakai bagi pemprosesan maklumat kredit oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah seksyen 76 Akta.
  • Peruntukan Akta tidak terpakai ke atas Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System atau CCRIS) yang diwujudkan di bawah seksyen 47 Akta Bank Negara Malaysia 2009 [6] [Akta 701] dan diselia oleh Bank Negara Malaysia.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010: Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. Dicapai pada 16 November 2024.
  2. ^ "Senarai Penyata Rasmi (Hansard) Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas (2009)" (PDF). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 16 November 2024.
  3. ^ "Rang Undang-Undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 dilulus". Mohamad Sofee Razak. Dicapai pada 25 November 2024.
  4. ^ "Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. Dicapai pada 26 November 2024.
  5. ^ "Akta Perlindungan Data Peribadi 2010" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. Dicapai pada 26 November 2024.
  6. ^ "Akta Bank Negara Malaysia 2009" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. Dicapai pada 26 November 2024.

Pautan luar

sunting