Akram Ikrami Taib Azamudden
Akram Ikrami bin Taib Azamudden ialah seorang pendakwah Islam di Malaysia. Beliau pernah menyertai rancangan televisyen islamik, Pencetus Ummah pada 2016 dan memperoleh tempat ketiga[1]. Ketika bergelar mahasiswa, beliau pernah dilantik sebagai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia[2].
Akram Ikrami Taib Azamudden Pencetus Ummah Akram | |
---|---|
Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2017–2023 | |
Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Lembah Pantai | |
Dalam jawatan 2019–2021 | |
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2019–2012 | |
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia | |
Menyandang jawatan 2011 | |
Didahului oleh | Ahmad Syazwan Hassan |
Digantikan oleh | Muhamad Azan Safar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Akram Ikrami bin Taib Azamudden 1989 |
Parti politik | (- kini) |
Gabungan politik lain | (2020 - kini) |
Pertalian | Taib Azamudden Md Taib (Bapa) Afnan Hamimi Taib Azamudden (Abang) |
Dikenali dengan | menyertai Pencetus Ummah musim keempat dan menang tempat ketiga |
Latar belakang
suntingAkram Ikrami dilahirkan pada 1989. Beliau merupakan anak kepada bekas Imam Masjid Negara, Datuk Taib Azamudden Md Taib. Selepas berakhirnya program Pencetus Ummah, beliau bergerak sendiri dengan meneruskan aktiviti dakwah dan motivasi[3]. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sejak 2017 sebagai Pengarah Jabatan Pembangunan Remaja[4] Beliau sekali lagi dipilih sebagai AJK DPPM bagi sesi 2019–2019 sebagai Setiausaha[5]. Bagi sesi 2021–2023, beliau sekali lagi dilantik sebagai AJK DPPM dan menggalas tugas Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah.
Rujukan
sunting- ^ Gempak (Disember 9, 2016). "Tepati ramalan, PU Mizi juara Pencetus Ummah 2016". Astro Awani. Dicapai pada 24 November 2021.
- ^ ARIFFUDDIN ISHAK (14 Januari 2012). "GAMIS Sedia Bincang Dengan BN". mStar. Dicapai pada 24 November 2021.
- ^ SAPINAH AB GHANI (27 Januari 2019). "PU Akram pergiat aktiviti dakwah". Dicapai pada 24 November 2021.
- ^ "Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Sesi 2017/2019". PAS. 16 Mei 2017. Dicapai pada 24 November 2021.
- ^ "Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Sesi 2019-2021". PAS. 23 Jun 2019. Dicapai pada 24 November 2021.