Akhaia (suku kaum)

Akhaia (Yunani: Ἀχαιοί, rumi: Akhaioí) ialah salah satu daripada empat suku utama di mana orang Yunani mengikut pembahagian Herodotus, di samping bersama suku Aeolia, Ionia dan Doria. Mereka mendiami wilayah Akhaia di utara Peloponnesos, dan memainkan peranan aktif dalam penjajahan Itali, mengasaskan bandar Kroton. Tidak seperti puak utama yang lain, orang Akhaia tidak mempunyai dialek tersendiri pada zaman Klasik, sebaliknya menggunakan loghat Doria.

Etimologi

sunting

Etimologi perkataan Ἀχαιοί tidak diketahui. Robert S. P. Beekes mencadangkan ia berasal daripada bentuk pra-Yunani *Akaywa-.[1] Margalit Finkelberg, sambil mengakui bahawa etimologi muktamadnya tidak diketahui, mencadangkan bentuk Yunani pertengahan *Ἀχαϝyοί.[2]

Perkataan Ἀχαιοί juga digunakan oleh Homer untuk merujuk kepada seluruh orang Yunani, dan mungkin berkaitan dengan perkataan bahasa Het Ahhiyawa, yang dipercayai merujuk kepada Yunani Mykenai atau sebahagiannya.[3][4][5][6]

Sejarah

sunting
 
Peta Akhaia Klasik.

Pada era Klasik, orang Akhaia mendiami wilayah Akhaia di utara Peloponnese, kemudiannya menubuhkan koloni di Itali seperti Kroton dan Sybaris.[7][8][9][10] Mereka bertutur bahasa Yunani Doria Akhaia, sejenis dialek Yunani Doria.[11][12] Pada zaman Helenistik, koine Doria Akhaia berkembang dan akhirnya digantikan oleh bahasa Yunani Koine berasaskan Attika pada abad ke-2 SM.[13]

Orang Akhaia mengukuhkan identiti bersama mereka pada abad ke-6 SM sebagai tindak balas kepada peningkatan kuasa Sicyon di timur dan Sparta di selatan, dan semasa abad ke-5 SM sebagai tindak balas kepada pengembangan Empayar Hakhamaniyah.[14] Herodotus memerikan mereka sebagai negara bersatu yang terdiri daripada 12 negara kota: Pellene, Aegeira, Aeges, (Akhaia) Boura, Helike, Aegion, Rhypes, Patrai, Pherae, Olenos, Dyme dan Tritaia.[15] Kebangkitan Makedonia pada akhir abad ke-4 SM nampaknya telah memusnahkan Liga Akhaia yang pertama ini, dan Makedonia akhirnya menguasai begitu banyak negara-negara kota liga sehingga kerajaan persekutuan Akhaia lumpuh.[16]

Selepas kekalahan Makedon oleh orang Rom pada awal abad ke-2 SM, Liga ini akhirnya mengalahkan Sparta yang sangat lemah dan mengawal seluruh Peloponnesos. Namun, semakin pengaruh Rom di kawasan itu berkembang, liga itu memberontak terhadap kuasa Rom, dalam peristiwa yang dikenali sebagai Perang Akhaia. Orang Akhaia dikalahkan dalam Pertempuran Corinth pada 146 SM dan Liga ini dibubarkan oleh Rom.[17]

Mitologi

sunting

Menurut mitos pengasasan Akhaia oleh Hesiodos, nama mereka berasal daripada pengasas mereka dalam mitos, Akhaios, yang kononnya salah seorang anak lelaki Xuthus, dan abang kepada Ion, pengasas suku Ionia. Xuthus pula anak kepada Hellen, bapa bangsa Yunani (Helenik) dalam mitos.[18]

Kedua-dua Herodotus dan Pausanias menceritakan legenda tentang orang Akhaia (merujuk kepada suku zaman Klasik) pada asalnya tinggal di Argolis dan Laconia. Menurut Herodotus, orang Akhaia diusir dari tanah tersebut oleh orang Doria, semasa pencerobohan Doria ke atas Peloponnesos.[19] Akibatnya, orang Akhaia pergi ke wilayah yang dikenali sebagai Aegialus dan memaksa orang Aegia (kini dikenali sebagai Ionia) berpindah keluar dari tanah mereka.[20] Orang Ionia berlindung sementara di Athens, dan Aegialus dinamakan kepada Akhaia.[21][22]

Pausanias mengatakan bahawa "Akhaia" ialah nama orang Yunani asal yang tinggal di Argolis dan Lakonia, kerana mereka berasal daripada anak-anak Akhaios, Arkhandros dan Arkhiteles daripada mitos.[23] Menurut Pausanias, Akhaios asalnya tinggal di Attika, di mana bapanya menetap selepas diusir dari Thessaly. Akhaiaos kemudiannya kembali ke Thessaly untuk mengambil semula tanah itu, dan dari situlah Arkhandros dan Architeles mengembara ke Peloponnesos.[24] Kononnya atas sebab inilah terdapat juga satu bahagian purba Thessaly yang dikenali sebagai Akhaia Ftiotik.

Nota kaki

sunting
  1. ^ R. S. P. Beekes, Etymological Dictionary of Greek, Brill, 2009, p. 181.
  2. ^ Margalit Finkelberg, "From Ahhiyawa to Ἀχαιοί", Glotta 66 (1988): 127–134.
  3. ^ Beckman, Gary; Bryce, Trevor; Cline, Eric (2012). The Ahhiyawa Texts. Society of Biblical Literature. m/s. 1–6. ISBN 978-1589832688.
  4. ^ Gális, Martin (2017). Mycenae, Troy and Anatolia: Mycenaean names in Hittite documents, and Anatolian names in the Homeric Iliad (Tesis). Univerzita Karlova. Core
  5. ^ Oikonomaki, Androniki (2008). "Ἀχαιοί, Ἀργεῖοι, Δαναοί: Revisiting the system of denomination of the Greeks in the Homeric epics". Research Bulletin. Harvard University. Dicapai pada December 3, 2022.
  6. ^ Skinner, Joseph E.. The Invention of Greek Ethnography: From Homer to Herodotus. United Kingdom, OUP USA, 2012.
  7. ^ Thatcher, Mark (2021). The Politics of Identity in Greek Sicily and Southern Italy. Oxford University Press. Chapter 2.
  8. ^ Papadopoulos, John (2001). "Magna Achaea: Akhaian Late Geometric and Archaic Pottery in South Italy and Sicily". Hesperia. 70 (4): 373–460. JSTOR 3182054.
  9. ^ "Minting Identity: Coinage, Ideology and the Economics of Colonization in Akhaina Magna Graecia". Cambridge Archaeological Journal. 12: 21–55. 2002. doi:10.1017/S0959774302000021.
  10. ^ Peoples, Nations and Cultures. Editor John Mackenzie. Weidenfeld & Nicolson. 2005.
  11. ^ Woodard, Roger D., penyunting (2008). The Ancient Languages of Europe (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. between pages 49 and 50. ISBN 978-1-139-46932-6.
  12. ^ Classification of the West Greek dialects at the time about 350 B.C. by Antonín Bartoněk, Amsterdam, Adolf M. Hakkert, 1972, p. 186.
  13. ^ Buck, Carl Darling (1900). "The Source of the So-Called Achaean-Doric κοινη". American Journal of Philology. 21 (2): 193–196. doi:10.2307/287905. JSTOR 287905.
  14. ^ Economou, Emmanouil M. L.. The Achaean Federation in Ancient Greece: History, Political and Economic Organisation, Warfare and Strategy, p. 12. Germany, Springer International Publishing, 2020.
  15. ^ Walbank, Frank William. The hellenistic world. Cambridge, Harvard University Press, 1993.
  16. ^ Larsen, J.A.O. Greek federal states: their institutions and history. Oxford: Clarendon Press (1968).
  17. ^ Waterfield, Robin. Taken at the Flood: The Roman Conquest of Greece. United Kingdom, Oxford University Press, 2014.
  18. ^ Apollodorus, Library I, 7.3.
  19. ^ Herodotus VIII, 73.
  20. ^ Herodotus VII, 94.
  21. ^ Pausanias VII, 1.
  22. ^ Herodotus I, 143–147.
  23. ^ Pausanias VII, 1.7.
  24. ^ Pausanias VII, 1.3.

Rujukan

sunting