Akar som
Akar som juga dikenali sebagai ginseng cina sering kali digunakan dalam perubatan tradisional. Akar pokok ini dikatakan dapat membaiki pengaliran, meningkatkan sumber darah, mencergaskan dan membantu pemulihan daripada penyakit.
Akar som | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Asterid |
Order: | Apiales |
Keluarga: | Araliaceae |
Genus: | Panax |
Spesies: | P. ginseng
|
Nama binomial | |
Panax ginseng | |
Sinonim[1] | |
Di Indonesia terdapat juga tanaman yang secara morfologi dan kandungan kimianya sama dengan Ginseng Cina dan Korea iaitu Pokok Som Jawa (Talinum paniculatum Gaertn) dan Pokok Kolesom (Taalinum triangulare wild). Som Jawa dan Kolesom dikenali juga sebagai Ginseng Jawa. Di dalam perubatan tradisional ia dicampur menjadi menjadi pelbagai jenis ubat dan yang paling terkenal dalam bentuk campuran anggur. Kajian mengenai khasiat dan keberkesanannya telah dilakukan untuk menjadikan Som Jawa dan Kolesom sebagai Ginseng Indonesia.
Sejarah
suntingRénshēn ialah nama umum untuk beberapa tumbuhan yang dihargai untuk sifat perubatannya, tetapi nama tersebut paling biasa dikaitkan dengan genus Panax. Penggunaannya dapat dikesani dalam herba Cina dari sekitar tahun 600 Masihi; walaupun herba-herba ketika itu tidak wujud sepenuhnya, ia disebut dalam buku panduan kemudian, Bencao gangmu, oleh Li Shizhen. Pada masa awal itu, rénshēn (jelasnya Panax ginseng) merupakan barang perdagangan dan ufti yang diimport dari Manchuria ke China. [2] Dakwaan bahawa penggunaan ginseng oleh kaum Cina bermula sejak dari 3,000, 5,000, 7,000, atau 10,000 tahun dahulu kekadang dibuat, tetapi ia hanya merupakan sebuah tekaan pada keseluruhannya.
Ginseng Amerika, Panax quinquefolius, telah digunakan oleh orang asli Amerika Utara di kawasan-kawasan tengah dan timur sejak sekurang-kurangnya 290 tahun dahulu (mungkin jauh lebih lama, tetapi ini sekali lagi merupakan tekaan), dan dikenali khususnya oleh penutur-penutur bahasa-bahasa Iroquoian dan Algonquian.
Disebabkan Pokok Akar Som semakin kurang di Asia timur, penanamannya diperkembangkan di Korea pada sekitar tahun 1700, akan tetapi penanamannya terbukti tidak mudah. Panax quinquefolius mula dituai secara sistematik untuk eksport komersil ke China pada awal abad ke-18. Ini kemudian mengakibatkan kekurangan di Amerika Utara juga, dan penanaman komersil Panax quinquefolius diperkembangkan di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19.
Berbagai-bagai jenis ginseng umumnya dijual di kedai-kedai perubatan herba Cina dan Korea, serta pasar-pasar raya Cina/Korea, tetapi perinciannya harus dikaji dengan teliti kerana banyak tumbuhan lain juga dipanggil "ginseng" secara tipu.
Dalam perdagangan serius, Pokok Akar Som liar dari China, seperti 'Ginseng Liar Gunung Chang Bai', susah didapati dan dijual pada harga yang amat tinggi; jenis kedua termahal ialah Pokok Akar Som tanaman dari China dan Korea, diikuti oleh versi tanaman yang lebih murah dari Illinois, Wisconsin, dan negeri-negeri lain. [3]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Synonyms in Catalogue of life
- ^ E. H. Schafer, Buah pic keemasan Samarkand (Berkeley: Percetakan Universiti California, 1963) m.s. 190.
- ^ Andrew Dalby, "Ginseng: taming the wild" dalam Wild food: proceedings of the Oxford Symposium on Food and Cookery 2004 ed. Richard Hosking (Totnes: Buku-buku Prospect, 2006. ISBN 1-903018-43-9) m.s. 93-104.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Akar som. |
- Badan Litbang Kesihatan
- Fitokimia dalam Ginseng Korea
- Laman web Herbalgram: Jurnal Majlis Botani Amerika Diarkibkan 2005-04-12 di Wayback Machine
- Dos Berlebihan dan Maklumat Keselamatan
- Sindrom Penyalahgunaan Ginseng dipertikaikan
- "Ginseng mungkin dapat mengurangkan kekerapan dan keterukan demam selsema". Terbitan 6 November 2005 New Sunday Times, m.s. F19.
- Klinik Mayo: Drug & Supplemen
- Panax ginseng - Pakar Perubatan Keluarga Amerika
- Halaman Fakta Ginseng Asia
- Carian Google Pokok Akar Som.
Senarai pokok | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |