Akçaabat
Akçaabat (AFA: /ak.t͡ʃaː.bat/, sebutan: AK-CA-BAT; Jawi: اكچابت ) merupakan sebuah perbandaran dan daerah di Wilayah Trabzon, Turki.[2] Ia mempunyai keluasan 375 km2,[3] dan 129,290 orang penduduk (2022).[1] Ia terletak di pantai Laut Hitam, di sebelah barat bandar Trabzon. Ia terletak pada ketinggian sepuluh meter (33 ka). Akçaabat ialah sebuah bandar pesisiran yang terkenal dengan pasukan bola sepak tempatannya Akçaabat Sebatspor, bebola dagingnya Akçaabat köfte dan tarian Akçaabat Horonu. Akçaabat menganjurkan festival cerita rakyat antarabangsa sejak tahun 1990,[4] dan mengacarakan pertandingan Memanah dan Olahraga Sukan Laut Hitam Pertama yang diadakan pada tahun 2007.[5]
Akçaabat | |
---|---|
Daerah dan perbandaran | |
Koordinat: 41°01′N 39°33′E / 41.017°N 39.550°EKoordinat: 41°01′N 39°33′E / 41.017°N 39.550°E | |
Negara | Turki |
Wilayah | Wilayah Trabzon |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Osman Nuri Ekim (AKP) |
Keluasan | 375 km2 (145 batu persegi) |
Aras | 10 m (30 ft) |
Penduduk (2022)[1] | 129,290 |
• Kepadatan | 340/km2 (890/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+3 (TRT) |
Poskod | 61300 |
Kod kawasan | 0462 |
Climate | Cfa |
Laman sesawang | www |
Nama
suntingPeneroka pertama bandar ini berasal dari Miletus Yunani purba dan menamakan pekan ini "Platana" kerana banyak pokok satah (Yunani Plátanos, Πλάτανος, Latin Platanus). Dalam bahasa Turki, nama itu diinterpretasikan semula menjadi Pulathane "tanah besi" dan daerah sekitarnya menjadi Akçeabad "kelimpahan duit".
Sejarah
suntingDitubuhkan sebagai jajahan perdagangan Miletus sekitar abad ke-7 SM, pekan ini memasuki pemerintahan Parsi sekitar abad ke-6 SM. Selepas pemerintahan singkat di bawah Alexander Agung, Akçaabat telah dimasukkan ke dalam Kerajaan Pontus yang ditubuhkan oleh Mithridates I dari Pontus sekitar abad ke-3 SM. Selepas pembubaran Kerajaan Pontus sekitar 60 SM, Rom mengambil alih wilayah di sekitar Trabzon. Sebagai pelabuhan semula jadi untuk Trabzon, Akçaabat merupakan salah satu pekan penting di rantau Laut Hitam timur, malah di wilayah Pontus Empayar Rom.
Walaupun diserang beberapa kali oleh pelbagai negeri dan puak yang berbeza, Akçaabat tetap dikawal oleh Byzantium sehinggalah cabang dinasti Byzantium, kerabat Komnenos menubuhkan kerajaan mereka sendiri dengan bantuan ratu Georgia Tamara selepas puak Rom menawan Konstantinopel pada tahun 1204. Negeri baru ini, yang dipanggil Empayar Trebizond, kemudiannya menjadi kerajaan naungan di bawah Empayar Saljuk sehinggalah Sultan Mehmet II "penakluk" Empayar Uthmaniyah mengambil Trabzon menjadi wilayah baginda pada Oktober 1461. Pertempuran pertama antara Tentera Laut Uthmaniyah dan Tentera Laut Komnenos berlaku di sebelah barat Pelabuhan Akçaabat, di sekitar Akçakale di mana puak Trabzon kehilangan lapan buah kapal. Memandangkan Akçaabat terletak di sebelah barat Trabzon, Mehmet II menggunakan Akçaabat sebagai pangkalannya untuk penaklukan terakhir Trebizond. Istana Akçakale "Istana Putih" terus bertahan sehingga tahun 1468 apabila Uthmaniyah akhirnya berjaya mengepung mereka.[6]
Dalam abad-abad pemerintahan Uthmaniyah, Akçaabat terus menjadi pusat bandar utama dan terpenting di Trebizond selepas bandar Trebizond sendiri. Selepas penubuhan perbandaran Akçaabat pada tahun 1880, Akçaabat rasminya mendapat status "bandar" mengikut reformasi perbandaran dan pentadbiran pada tahun 1884 yang menyusun semula struktur pentadbiran di wilayah-wilayah Empayar Uthmaniyah.
Pada tahun 1810, Tentera Laut Rusia mendaratkan tentera di pantai Akçaabat di sekitar Salacik di mana pertahanan oleh penduduk bandar berjaya menangkis pendaratan Rusia selepas beberapa hari.[6]
Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Rusia Czar menduduki Akçaabat pada 20 April 1916. Apabila tentera Rusia berundur selepas Revolusi Rusia, tentera Uthmaniyah menawan semula Akçaabat pada 17 Februari 1918. Berikutan penubuhan Republik Turki pada tahun 1923, penduduk Yunani dipaksa berpindah ke Greece kerana pertukaran penduduk. Akçaabat telah ditetapkan sebagai salah satu bandar milik bandar Trabzon mengikut organisasi pentadbiran yang baharu. Akçaabat kekal sebagai bandar terbesar Trabzon sehingga hari ini.
Sebelum tahun 1980-an, Akçaabat tidak mengalami perubahan besar dalam komposisi sejadi dan sosialnya meskipun ia bandar yang paling hampir dengan pusat bandar Trabzon. Namun, dengan kepulangan orang Turki Jerman ke kampung halaman mereka dan penduduk [kampung] luar bandar berpindah ke pusat bandar, komposisi pusat pekannya berubah. Penduduk bandar ini meningkat daripada 15,000 pada tahun 1980-an kepada 50,000 pada tahun 2008. Rumah-rumah gaya lama yang unik [Akçaabat evleri] telah digantikan dengan blok-blok pangsapuri, laut sentiasa ditambak untuk menebus tanah demi permintaan pembinaan jalan bandar dan tanah rekreasi yang semakin meningkat. Pembubaran KRSS pada tahun 1990 membawa kemasukan bekas warga Soviet dalam jumlah yang tinggi—kebanyakannya terlibat dalam perdagangan kecil dan pelancongan seks—menyebabkan perubahan besar dalam komposisi masyarakat. Di samping itu, banjir Jun 1990, yang meragut berpuluh-puluh orang dan menyebabkan banyak kerosakan yang memerlukan bandar ini dibina semula. Hari ini, Akçaabat ialah salah satu bandar dengan bilangan penduduk yang paling padat di pantai Laut Hitam.
Garis masa
sunting- 700 SM: Akçaabat ditambahkan kepada Koloni Perdagangan Miletos.
- 312 SM: Akçaabat dimasukkan ke dalam kerajaan Pontus Mithridates.
- 63 SM: Akçaabat ditakluki Empayar Rom.
- 330 TM: Akçaabat menjadi sebahagian daripada Empayar Byzantium.
- 1204 TM: Akçaabat menjadi sebahagian daripada Empayar Trebizond.
- 1461: Akçaabat dan Trabzon menjadi jajahan Empayar Uthmaniyah oleh Muhammad al-Fatih.
- 1810: Serangan tentera laut Rusia berjaya dipatahkan.
- 1880: Perbandaran Akçaabat ditubuhkan.
- 1884: Akçaabat menjadi Perbandaran mengikut peraturan baru dalam organisasi pentadbiran.
- 20 April 1916: Tentera Rusia menawan dan menduduki Akçaabat.
- 17 Februari 1918: Tentera Uthmaniyyah menawan semula Akçaabat.
- 1923: Akçaabat Sebatspor diasaskan di bawah nama Idman Sebatyurdu sebagai satu daripada tiga pasukan bola sepak pertama dari Trabzon.
- 19–20 Jun 1990: Akçaabat mengalami banjir besar akibat hujan lebat dan banjir sungai.
- 2002: Akçaabat Sebatspor menjadi pasukan bola sepak Turki pertama dari pusat bandar (kecuali bandar Istanbul, Ankara, dan İzmir) dinaikkan pangkat ke Süper Lig.
Gereja Santo Mikhael
suntingGereja Santo Mikhael, juga dikenali sebagai "Gereja Santo Yusuf", ialah sebuah gereja besar di pinggir bandar Akçaabat. Gereja itu dibina pada tahun 1332 untuk mengenang kemenangan Maharaja Byzantium Manuel Komnenos menentang Saljuk. Pada tahun 1846 ia dibaiki oleh warga Yunani Pontik bandar. Kemudian, pada tahun 1922 selepas warga-warga Yunani berpindah ia dijadikan rumah kediaman. Selepas kematian ahli keluarga yang tinggal di sana, bangunan itu terbiar dan rosak. Pada 2019, memulakan pemulihan dan pada 2021 selepas pemulihan selesai ia digunakan untuk aktiviti sosial dan kebudayaan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.[7]
Komposisi
suntingTerdapat 78 kejiranan di Daerah Akçaabat:[8]
- Acısu
- Adacık
- Ağaçlı
- Akçakale
- Akçaköy
- Akdamar
- Akören
- Akpınar
- Alsancak
- Ambarcık
- Arpacılı
- Aydınköy
- Benlitaş Baltacı
- Bozdoğan
- Çamlıca
- Çamlıdere
- Cevizli
- Cevizlik
- Çiçeklidüz
- Çilekli
- Çınarlık
- Çolaklı
- Çukurca
- Darıca
- Demirci
- Demirkapı
- Demirtaş
- Derecik
- Doğanköy
- Dörtyol
- Dürbinar
- Erikli
- Esentepe
- Eskiköy
- Fındıklı
- Fıstıklı
- Gümüşlü
- Helvacı
- Işıklar
- Kaleönü
- Karaçayır
- Karaman
- Karpınar
- Kavaklı
- Kayalar
- Kemaliye
- Kirazlık
- Koçlu
- Kuruçam
- Maden
- Mersin
- Meşeli
- Meydankaya
- Nefsipulathane
- Oğulkaya Yolbaşı
- Ortaalan
- Ortaköy
- Ortamahalle
- Osmanbaba
- Özakdamar
- Özdemirci
- Salacık
- Sarıca
- Sarıtaş
- Sertkaya
- Şinik
- Söğütlü
- Tatlısu
- Tütüncüler
- Uçarsu
- Uğurlu
- Yaylacık
- Yeniköy
- Yenimahalle
- Yeşiltepe
- Yeşilyurt
- Yıldızlı
- Zaferli
Iklim
suntingIklim di kawasan ini mempunyai suhu yang agak tinggi dan taburan hujan yang sekata sepanjang tahun. Sistem Iklim Köppen mengklasifikasikan iklim ini sebagai subtropika lembap, disingkat Cfa.[9]
Data iklim untuk Akçaabat | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 10 (50) |
10 (50) |
11 (51) |
15 (59) |
18 (64) |
23 (73) |
26 (78) |
26 (78) |
24 (75) |
20 (68) |
16 (60) |
13 (55) |
17 (62) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | −1 (30) |
3 (37) |
4 (39) |
8 (46) |
12 (53) |
16 (60) |
19 (66) |
19 (66) |
16 (60) |
12 (53) |
8 (46) |
5 (41) |
10 (50) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 79 (3.1) |
56 (2.2) |
46 (1.8) |
48 (1.9) |
43 (1.7) |
46 (1.8) |
28 (1.1) |
43 (1.7) |
58 (2.3) |
99 (3.9) |
91 (3.6) |
94 (3.7) |
730 (28.7) |
Sumber: Weatherbase[10] |
Tokoh penting dari Akçaabat
sunting- Ekrem İmamoğlu, ahli politik
- Erol Günaydın, pelakon
- Hasan Saka, ahli politik
- Haydar Baş, ahli politik
- Hüseyin Türkmen, pemain bola sepak
- Kadir Mısıroğlu, ahli teori konspirasi[11]
- Mehmet Bölükbaşı, pemain bola sepak
- Metin Aktaş, pemain bola sepak
- Mustafa Yücel Özbilgin, majistret
- Sabahattin Eyüboğlu, penulis
Rujukan
sunting- ^ a b "Address-based population registration system (ADNKS) results dated 31 December 2022, Favorite Reports" (XLS) (dalam bahasa Inggeris). TÜİK. Dicapai pada 19 September 2023.
- ^ Büyükşehir İlçe Belediyesi, Inventori Jabatan Pentadbiran Awam Turki. Dicapai pada 19 September 2023.
- ^ "İl ve İlçe Yüz ölçümleri". General Directorate of Mapping. Dicapai pada 19 September 2023.
- ^ ::AKÇAABAT HABER::.. Güzel İlçemiz Akçaabat'tan Haberiniz Olsun.. [18. Festival Düzenlenecek ] Diarkibkan April 7, 2014, di Wayback Machine
- ^ The 1st Black Sea Games Calendar Diarkibkan Februari 13, 2012, di Wayback Machine
- ^ a b Gedikoğlu, H. (1996). Akçaabat, Akçaabat Belediyesi Kültür Yayınları: 1.
- ^ Historic church set to welcome visitors as museum
- ^ Mahalle, Turkey Civil Administration Departments Inventory. Retrieved 19 September 2023.
- ^ Climate Summary for Akçaabat
- ^ "Weatherbase: Historical Weather for Akcaabat, Turkey". Weatherbase. 2011. Dicapai November 24, 2011.
- ^ "Lozan Antlaşması'nın 100. Yılında Komplo Teorileri ve Gizli Maddelerin İzinde". Yalansavar (dalam bahasa Turkish). 25 June 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2023. Dicapai pada 15 May 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Akçaabat |
- Laman web rasmi gabenor daerah (dalam bahasa Turki)
- Laman web rasmi perbandaran daerah (dalam bahasa Turki)
- Platana (Akçaabat)
- Gereja Malaikat Mikhael di Akçabat, Trabzon (buku) https://www.morebooks.de/store/gb/book/trabzon-ak%C3%A7aabat-taki-ba%C5%9Fmelek-mikhail-kilisesi/isbn/978-3-639-81102-5