Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit

Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit telah diisytihar sebagai ajaran sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1998.

Pada 11 September 2011, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan ajaran sesat ini kembali aktif. Markas utama kumpulan itu terletak di Kampung Melayu, Batu Arang, Rawang yang diketuai menantu kepada orang kanan Hassan. Hassan Jonit telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.[1]

Wahyu tidak diturunkan lagi kerana Alquran telah lengkap.Agama Islam telah sempurna.Namun ilmu Khasyaf,Ilmu Firasat,Ilmu Laduni,Ilmu Ilham adalah antara ilmu2 anugerah Yang Mahal Esa ,yang masih diberi dalam bentuk Hidayat pada mana2 individu atas kehendak Illahi.

Namun ia berbentuk khususiah.Yang mana tidak dibuka untuk umum.Maka tidak hairanlah jika Majlis Fatwa melabelkan ia sebagai "sesat".

Ia bukan sesuatu yang baru.Namun sejak pelanggaran Portugis atas Melaka,pada tahun 1511, ramai para ulama' Tasauf dari abad ke abad telah bangkit bersama ilmu2 Khasyaf,Laduni,Firasat ,yang dilihat dari kacamata orang kebanyakan sebagai karomah dan Ilmu kebathinan.

Setelah hampir empat ratus tahun lebih di bawah penjajahan, banyak kitab2 Tasauf seperti Ilmu Sifat 20 yang dirampas oleh para penjajah.

Mereka merampas khazanah bangsa, emas dan kekayaan hasil bumi Nusantara ini.Namun mereka gagal untuk mengkafirkan Nusantara ini.

Maka penjajah ambil pendekatan lembut dengan masukkan para orientalis untuk memisahkan Ilmu syariat dengan Ilmu Tasauf,Ilmu fiqh dengan ilmu kerohanian.Maka lenyaplah Ilmu2 seperti pengajian Sifat 20 secara rinci.

Untuk berlaku adil, walaupun "Ajaran Hasan Jonit" ini difatwa sesat.Namun banyak fakta yang dibentangkan sewaktu pengadilan ,masih boleh dipertikaikan .Dan kes ini sewajar nya dibuka semula .

Sewaktu 'ilham' pertama turun pada Almarhum Hasan Jonit adalah pada 1964.

Menurut bual bicara Hasan Jonit,beliau bersholat hajat selamat empat puloh hari setiap hari Jumaat dan mehonon doa restu dari ibu beliau.

Hasan Jonit seorang pemuda yang sangat rajin menuntut ilmu.Beliau sanggup merantau menghabis wang dan tenaga sekadar untuk mencari Ilmu yang benar2 dapat beliau khusyuk dalam sholat.Banyak tok2 guru yang beliau bertemu untuk mencari-cari erti sebenar khusyuk.

Sampai lah satu ketika sewaktu beliau berguru dengan Almarhum Tuan Guru Tok Ghani.Sewaktu itu beliau mengadu pada tuan gurunya akan terdengar seakan suara2 nasihat2 agama.Almarhum Tok Ghani menasihati Hasan Jonit untuk mencatit nya.Pada masa yang sama minta banyak kan sholat2 sunnat memohon petunjuk.Bimbang kalau ia gangguan dari mahkluk2 halus.

Saban hari berlalu, Ilham itu menunjuk ajar yang membawa pada kehendak perbuatan " Nafi menafi" dan "asbat mengasbat".Antara Ilham yang beliau terima " tak seharusnya Ilham ini Turun kerana Alquran telah lengkap", Namun ia diberi dengan syarat minta Ilmu ini disebarkan agar ramai yang khusyuk dalam sholat.

Justeru Ilmu Hasan Jonit ini tak sepatutnya di panggil "Ajaran Hasan Jonit". Beliau berulang ulang kali berkata," Engkau orang jangan ikut aku,ikutlah Nabi Muhammad".Beliau menekan Kan lagi Ilham ini untuk orang ramai " mengEsakan Allah semata2.Tak lebih dari itu".

Yang melemparkan tuduhan adalah dari golongan 'guru' yang ramai anak muridnya beralih belajar ikuti Hasan Jonit.Waktu itu sekitar akhir tahun 60'an.Pernah juga Hasan Jonit disihir oleh golongan yang ingin 'menguji uji' samada Hasan Jonit ini berilmu tinggi. Begitulah Cara pemikiran orang2 zaman itu menilai ilmu.Yang melempar tomahan dan fitnah dari mereka2 yang sangat jahil tentang hukum2 syarak.Tidak hairanlah Hasan Jonit dibawa ke jabatan Agama Islam Singapura pada tahun 1974.Dengan berbagai2 tomahan.Waktu itu tak seperti sekarang dengan perkembangan media sosial,dunia tanpa sempadan.

Dari tahun 1964 hingga ke hari ini tahun 2024, Ilmu ini semakin giat tersebar dari Acheh ke Pekan Baru, Lampong , Jakarta membawa ke Makasar.Kepulauan Riau Batam, Singapura, Kuala Lumpur dan juga Perak.Ia semakin dapat perhatian kerana difahamkan mereka mengajar tidak pernah meminta upah wang.Para pengikut Ilmu ini sangat2 disuroh menjaga waktu sholat,menjaga akhlak yang murni.Menjaga mata,telinga , mulut dan hati dari anasir2 "Kotor" Yang boleh mengganggu kyusuk dalam Ibadah sholat.

Justeru mari kita buka kembali kes "Fatwa Sesat'" ini.Ramai lagi anak2 bangsa diluar sana yang langsung tak sholat.kersna mata tiada Ilmu,telinga tiada Ilmu, mulut tiada ilmu..

Sebaiknya Kita jangan mudah melabelkan saudara2 Islam Kita sebagai sesat.

Kalau Kita berani buka mulut mengata mereka sesat', maka kewajipan kita untuk kehadapan dan bertemu , berdakwah pada mereka.

Rujukan

sunting