Aishah Zainal (lahir Nov 8, 1996) merupakan seorang penulis dan guru kelahiran Ipoh, Perak.[1]

Novel pertama beliau Hades yang diterbitkan pada tahun 2023 telah termasuk dalam senarai panjang Anugerah Kesasteraan Dublin 2024.[2]

Latar belakang

sunting

Beliau bersekolah di Ipoh di Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent sekitar tahun 2003-2008 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent pada 2009-2013.[3]

Aishah juga pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2015-2019) dan meraih ijazah sarjana muda dalm Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan.

Novel pertama

sunting

Pada tahun 2023 dia telah diterbitkan novel pertama Hades.[4]

Hades berkenaan kisah kehidupan di flat kos rendah dan berkisar tentang hubungan antara remaja bermasalah, Kei dan ibu tunggal, Maryam.

Aishah menyifatkannya sebagai kisah golongan pinggiran dan kesan kemiskinan terhadap manusia.

Diterbitkan oleh Gerakbudaya, Hades telah termasuk dalam senarai panjang Anugerah Kesasteraan Dublin 2024.[5]

Aishah berkata inspirasi untuk menerbitkan novel itu sebahagiannya datang daripada arwah datuknya yang dahulunya seorang penulis bercita-cita besar, namun tidak menerbitkan karya dan sebaliknya menjalani hidup dengan menjaga Taman Tasik Taiping di Perak.[6]

Rujukan

sunting