Air Mata di Kuala Lumpur (lagu)
Air Mata di Kuala Lumpur merupakan sebuah lagu yang disusun dan ditulis oleh legenda layar perak dari Malaysia iaitu P. Ramlee. Lagu ini kemudiannya menjadi lagu ciptaan terakhir daripada beliau sebelum meninggal dunia pada 29 Mei 1973, iaitu pada usia 44 tahun. Lagu ini dinyanyikan oleh isterinya, Saloma dan dimuatkan di dalam album berbentuk piring hitam yang bertajuk Air Mata di Kuala Lumpur.
"Air Mata di Kuala Lumpur" | |
Ditulis oleh | P. Ramlee |
---|---|
Muzik oleh | P. Ramlee |
Lirik oleh | P. Ramlee |
Dikeluarkan pada | 1972 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bentuk keluaran | LP |
Artis asal | Saloma |
Dirakamkan oleh | Saloma |
Dipersembahkan oleh | Saloma |
Sejarah lagu
suntingLirik bagi lagu ini menggambarkan hari-hari suram P. Ramlee selepas berpindah dari Singapura ke Malaysia. Beliau yang telah lama menetap di Singapura dan bekerja bersama Malay Film Productions Ltd. (MFP) tidak dapat menghasilkan filem-filem hebat selepas bekerja di Merdeka Film Productions. Impiannya untuk membawa filem dan muzik Melayu setanding dengan peringkat antarabangsa telah musnah kerana beliau ditolak dan disisih oleh masyarakatnya sendiri pada ketika itu.