Air Changan
Air Changan (长安航空; 長安航空; Cháng'ān Hángkōng) ialah syarikat penerbangan domestik China. Pangkalan operasi utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang, yang melayani beberapa bandar di Wilayah Shaanxi . Awalnya syarikat penerbangan bebas, Syarikat Penerbangan Air Changan bergabung dengan Syarikat Penerbangan Hainan Airlines pada Tahun 2000 dan kemudian diserap ke dalam syarikat penerbangan itu. Air Changan kembali beroperasi sebagai syarikat penerbangan bebas pada Mei 2016, menyediakan penerbangan ke empat bandar raya di China dengan tiga pesawat Boeing 737-800 .
| |||||||
Ditubuhkan | 11 April 1992 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermula operasi | 5 Januari 1993 | ||||||
Pangkalan | |||||||
Pesawat | 11 (jumlah keseluruhan armada) | ||||||
Destinasi | 43 (jumlah keseluruhan destinasi) | ||||||
Syarikat induk | Hainan Airlines (59.43%) | ||||||
Ibu pejabat | Xi'an, Shaanxi, Republik Rakyat China | ||||||
Laman web | www |
Air Changan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 长安航空 | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 長安航空 | ||||||
Maksud harfiah | Syarikat Penerbangan Air Changan | ||||||
|
Data Kod
suntingSejarah
suntingUntuk mengembangkan ekonomi lokal dan industri penerbangan, pada Bulan September 1990, pemerintah wilayah Shaanxi dan pengeluar pesawat tempatan mulai merencanakan syarikat penerbangan tempatan, untuk beroperasi dengan tiga pesawat Xian Y-7 . Pada Tarikh 2 Mac 1992, pemerintah wilayah tersebut menamakan syarikat penerbangan itu sebagai Syarikat Penerbangan Air Changan . Pada Tarikh 11 April 1992, Syarikat Penerbangan Air Changan ditubuhkan secara rasmi, menggabungkan Syarikat Penerbangan Dapeng Airlines dengan entiti baharu. Pada Tarikh 5 Januari 1993, penerbangan pertama Air Changan beroperasi, dari Xi'an ke Yulin. Kemudian pemindahan itu akan dikendalikan oleh pemerintah wilayah tersebut sahaja, selepas pengeluar pesawat meninggalkan usaha tersebut karena peraturan baharu mulai berlaku.
Pada Tarikh 30 Ogos 2000, Syarikat Penerbangan Air Changan dibeli oleh Hainan Airlines (HNA) dan dinamakan semula sebagai Syarikat Penerbangan Chang An Airlines . Pada Tarikh 1 Julai 2002, Boeing 737-400 pertama mula beroperasi. Pada Bulan Oktober 2002, Syarikat Penerbangan Chang An Airlines, Syarikat Penerbangan Xinhua Airlines dan Syarikat Penerbangan Shanxi Airlines digabungkan menjadi Hainan Airlines.
Pada Bulan Disember 2015, Kumpulan HNA memulakan perbincangan dengan pemerintah wilayah Shaanxi mengenai pemulihan Syarikat Penerbangan Chang An Airlines sebagai syarikat penerbangan bebas. Syarikat penerbangan ini akan kembali ke fokus penerbangannya yang asal di dalam dan di luar Wilayah Shaanxi . [1] Syarikat penerbangan itu dijenamakan semula sebagai nama asalnya dan melancarkan livery sendiri. [2] Selepas menerima sijil pengendali udaranya pada Bulan April 2016, Air Changan kembali beroperasi sebagai syarikat penerbangan bebas pada bulan berikutnya pada 9 Mei. Penerbangan sulung adalah dari Xi'an ke Zhuhai . Semasa memberi water salute biasa semasa tiba di Zhuhai, pihak bomba secara tidak sengaja menyemburkan busa . Akibatnya, pesawat harus menjalani pemeriksaan keselamatan, dan penerbangan kembali dibatalkan. [3]
pada Bulan Julai 2023, di laman aeroroutes, Air Changan, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa dari Xi'an ke Phuket, yang sudah dimulakan sejak 15 Julai 2023 [4].
Urusan korporat
suntingSyarikat Penerbangan Hainan Airlines memegang kepentingan sebanyak 83.3% dalam syarikat penerbangan, meningkat sebanyak 21.9% berikutan pembelian saham 1.01 bilion yuan pada Bulan September 2015. [5]
Destinasi
suntingsetakat tahun 2022[6].
- Beihai, Guangxi BHY - Lapangan Terbang Beihai Fucheng
- Changchun, Jilin CGQ - Lapangan Terbang Antarabangsa Changchun Longjia
- Chizhou, Anhui JUH - Lapangan Terbang Chizhou Jiuhuashan
- Dalian, Liaoning DLC - Lapangan Terbang Antarabangsa Dalian Zhoushuizi
- Dunhuang, Gansu DNH - Lapangan Terbang Dunhuang
- Fuzhou, Fujian FOC - Lapangan Terbang Antarabangsa Fuzhou Changle
- Guilin, Guangxi KWL - Lapangan Terbang Antarabangsa Guilin Liangjiang
- Guiyang, Guizhou KWE - Lapangan Terbang Antarabangsa Guiyang Longdongbao
- Haikou, Hainan HAK - Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan
- Daerah Hailar, Mongolia Dalam HLD - Lapangan Terbang Hulunbuir Hailar
- Hanzhong, Shaanxi HZG - Lapangan Terbang Hanzhong Chenggu
- Hefei, Anhui HFE - Lapangan Terbang Antarabangsa Hefei Xinqiao
- Huai'an, Jiangsu HIA - Lapangan Terbang Huai'an Lianshui
- Huaihua, Hunan HJJ - Lapangan Terbang Huaihua Zhijiang
- Huizhou, Guangdong HUZ - Lapangan Terbang Huizhou Pingtan
- Jieyang, Guangdong SWA - Lapangan Terbang Antarabangsa Jieyang Chaoshan
- Jingdezhen, Jiangxi JDZ - Lapangan Terbang Jingdezhen Luojia
- Lanzhou, Gansu LHW - Lapangan Terbang Antarabangsa Lanzhou Zhongchuan
- Lianyungang, Jiangsu LYG - Lapangan Terbang Lianyungang Baitabu
- Luoyang, Henan LYA - Lapangan Terbang Antarabangsa Luoyang Beijiao
- Mudanjiang, Heilongjiang MDG - Lapangan Terbang Antarabangsa Mudanjiang Hailang
- Nanchang, Jiangxi KHN - Lapangan Terbang Antarabangsa Nanchang Changbei
- Nantong, Jiangsu NTG - Lapangan Terbang Nantong Xingdong
- Ningbo, Zhejiang NGB - Lapangan Terbang Antarabangsa Ningbo Lishe
- Qinhuangdao, Hebei BPE - Qinhuangdao Beidaihe Airport
- Sanya, Hainan SYX - Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix
- Shenyang, Liaoning SHE - Lapangan Terbang Antarabangsa Shenyang Taoxian
- Shijiazhuang, Hebei SJW - Lapangan Terbang Antarabangsa Shijiazhuang Zhengding
- Taizhou, Zhejiang HYN - Lapangan Terbang Antarabangsa Taizhou Luqiao
- Tongliao, Mongolia Dalam TGO - Lapangan Terbang Tongliao
- Tongren, Guizhou TEN - Lapangan Terbang Antarabangsa Tongren Fenghuang
- Weifang, Shandong WEF - Lapangan Terbang Weifang
- Wenzhou, Zhejiang WNZ - Lapangan Terbang Antarabangsa Wenzhou Longwan
- Xi'an, Shaanxi XIY - Lapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang - Pangkalan utama Air Changan
- Xiamen, Fujian XMN - Lapangan Terbang Antarabangsa Xiamen Gaoqi
- Xining, Qinghai XNN - Lapangan Terbang Antarabangsa Xining Caojiabao
- Yancheng, Jiangsu YNZ - Lapangan Terbang Antarabangsa Yancheng Nanyang
- Yantai, Shandong YNT - Lapangan Terbang Antarabangsa Yantai Penglai
- Yichang, Hubei YIH - Lapangan Terbang Yichang Sanxia
- Yinchuan, Ningxia INC - Lapangan Terbang Antarabangsa Yinchuan Hedong
- Yingkou, Liaoning YKH - Lapangan Terbang Yingkou Lanqi
- Zhuhai, Guangdong ZUH - Lapangan Terbang Zhuhai Jinwan
Armada
suntingSetakat September 2019[kemas kini], Syarikat Penerbangan Air Changan mengoperasikan jenis pesawat berikut:[7][8]
Pesawat | Dalam Perkhidmatan | Tempahan | Penumpang | Nota |
---|---|---|---|---|
Boeing 737-800 | 11 | — | — | |
Boeing 737 MAX | — | 2 | tbd | — |
Total | 11 | 0 |
Galeri Armada Syarikat Penerbangan Air Changan (9H)
sunting-
Sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Air Changan dengan siri Boeing 737-800 pada Tahun 2012, memakai livery penggabungan pra-Hainan Airlines
-
Tiga daripada pesawat Boeing 737-800 yang diparkir berturut-turut pada Tahun 2016. Pesawat paling jauh memakai gelaran Air Changan, sementara bahagian tengah ketiga memakai gelaran Chang An Airlines.
Dikendalikan sebelum ini
suntingSyarikat Penerbangan Air Changan sebelum ini mengendalikan pesawat berikut: [9] [10] [11]
- Airbus A319
- Boeing 737-400
- Boeing 737-700
- Bombardier Dash 8 Q400
- Embraer 190
- Fairchild-Dornier 328-300
- Xian MA60
- Xian Y-7
Rujukan
sunting- ^ "HNA Group to Restore Chang An Air as Independent Carrier". China Aviation Daily. 27 December 2015. Dicapai pada 8 February 2016.
- ^ Ge, Lena (19 April 2016). "Revived Air Changan Unveils Brand New Livery". China Aviation Daily. Dicapai pada 4 June 2016.
- ^ "Video: Air ChangAn Inaugural Flight Grounded Due to Foam Canon Salute Instead of Water". China Aviation Daily. 9 May 2016. Dicapai pada 4 June 2016.
- ^ a b "CHANGAN AIRLINES ADDS PHUKET SERVICE FROM MID-JULY 2023". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 14 Julai 2023. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
Changan Airlines this week plans to launch international scheduled service, where it plans to operate Xi’An – Phuket nonstop service. The airline currently lists 3 weekly flights between 15JUL23 and 19AUG23, with Boeing 737-800 aircraft.
- ^ "China's Air ChangAn Returns to Independent Operations". China Aviation Daily. 6 April 2016. Dicapai pada 4 June 2016.
- ^ "HAINAN AIRLINES / HNA GROUP CARRIERS NW22 NETWORK ADDITIONS". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 11 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
- ^ "Global Airline Guide 2019 (Part One)". Airliner World. 2019: 9.
- ^ http://www.xmyzl.com/?mod=jidui_show&id=177&typeid=41
- ^ Flight International, 3–9 October 2006
- ^ :: 长安航空公司 ::. travel.news.cn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-07. Dicapai pada 2016-07-11.
- ^ 新舟60介绍. CAAC. Dicapai pada 2016-07-11.