Aichi B7A "Ryusei"
Aichi B7A
Aichi B7A "Ryusei"
Penerangan
Peranan Pesawat pengebom junam dan pengebom torpedo
Kakitangan 2
Penerbangan pertama 1941
Mula berkhidmat
Pengilang Aichi Kokuki KK
Dimensi
Panjang 11.49 m 37' 8½"
Panjang sayap 14.40 m 47' 3"
Tinggi 4.07 m 13' 4¼"
Lebar sayap 35.40 m² 381 ft²
Berat
Kosong 3614 kg 7,969 lbs
Berisi 5700 kg 12,568 lbs
Maksima berlepas kg lbs
Janakuasa
Engin Nakajima NK9C Homare 12 18-silinder radial
Kuasa 1,360 kW 1,825 hp
Prestasi
Laju maksima 566 km/h 352 bsj
Jarak tempur 1,850 km 1,150 batu
Jarak ulang-alik km batu
Service ceiling 8950 m 29,365 kaki
Kadar memanjat m/min kaki/min
Beban sayap kg/m² paun/ft²
Kuasa/Mass kW/kg hp/paun
Senjata
Meriam 2 × Type 9 Model 2 meriam 20mm (dalam sayap)
1 × meriam 7.92 mm or 13 mm (dari kokpit belakang)
Bom 800 kg 1,764 paun
Lain-lain 1 × 800 kg (1764 lbs) torpedo

Aichi B7A Ryusei (bahasa Jepun: 愛知 B7A 流星, "Tahi bintang - Shooting Star") adalah pengebom junam dan pengebom torpedo besar dan berkuasa yang dihasilkan oleh Aichi Kokuki KK untuk Imperial Japanese Navy. Kod nama pihak berikat baginya adalah Grace, penerbangan pertamanya adalah pada 1941, tetapi masalah dengan penghantaran enjin bermakna ia tidak dapat dihasilkan dalam jumlah besar sehingga ia terlalu lewat untuk memberi kesan kepada kesudahan peperangan. Tidak terdapat kapal induk untuknya berlepas dan hanya 114 pesawat yang dihasilkan.

Walaupun B7A membawa beban senjata sama seperti pesawat sebelumnya, ia menunjukkan prestasi dan pengendalian seperti pejuang, mengalahkan Mitsubishi Zero yang berkhidmat masa itu. Sekiranya ia dihasilkan dalam jumlah yang besar, ia mampu menjadi saingan yang hangat kepada pejuang tentera laut Amerika Syarikat.

Janakuasanya adalah 1,825 kuasa kuda (1,360 kW) Nakajima NK9C Homare 12 18-silinder enjin radial, dan kapal terbang itu mempunyai ciri sayap 'bengkok' - sayap burung camar terbalik yang menyerupai Junkers Ju 87 Jerman - untuk memberikan ruang bagi kipas tanpa memerlukan kaki bawah yang panjang.

Lihat juga

sunting
Kandungan berkait
Perkembangan Berkait
Kapal terbang seumpamanya
Siri rasmi B1M - B2M - B3Y - B4Y - B5N - B5M - B6N - B7A
Daftar berkait Daftar kapal terbang ketenteraan Jepun