Ai, Texas
"Ai, Texas" (愛、テキサス "Cinta, Texas") merupakan single kelima bagi penyanyi dari Jepun, Yamashita Tomohisa dan yang pertama dibawah syarikat Warner Music Jepun. Ia dilancarkan pada 29 Februari 2012.[1]
"Ai, Texas" "愛、テキサス" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Yamashita Tomohisa | ||||
Sisi B | "Candy PERFECT CRIME (Biasa)" | |||
Dilancarkan | 29 Februari 2012 22 Februari 2012 (Recochoku) | |||
Format | Single CD, Digital | |||
Genre | J-Pop | |||
Syarikat | Warner Music Jepun | |||
Kronologi single Yamashita Tomohisa | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Latar belakang
suntingSingle "Ai, Texas" dikeluarkan dalam dua versi iaitu versi digital Recochoku (Single Digital Recochoku) dan versi fizikal. Versi digital dilancarkan pada 22 Januari 2012 manakala versi fizikal dilancarkan seminggu kemudian.
Bagi versi fizikal, ia dikeluarkan dalam lima edisi yang berbeza. Bagi edisi biasa single ini, ia disertakan dengan runut lagu bonus iaitu "PERFECT CRIME" (Jenayah Sempurna). Bagi edisi terhad pula, ia dikeluarkan dalam empat jenis iaitu jenis A yang didatangkan dengan video muzik "Ai, Texas" dan jenis B didatangkan dengan buku bergambar 24 halaman. Dua edisi lain iaitu edisi terhad Yamashita Tomohisa SHOP dan edisi Lawson disertakan dengan satu set lima jaket berubah.
Senarai runut
suntingEdisi biasa | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "愛、テキサス" ("Ai, Texas"; Cinta, Texas) | Tika α | Nagai Seiichi | Yakushimaru Etsuko, Nagai Seiichi | ||||||
2. | "Candy" (Gula-gula) | Elvis Woodstock | Han Jae-ho, Kim Seung-soo, An Jun-sung | Han Jae-ho, Kim Seung-soo, An Jun-sung | ||||||
3. | "PERFECT CRIME" (Jenayah Sempurna) | Kenn Kato | corin | Jeff Miyahara | ||||||
4. | "愛、テキサス" (Instrumental) ("Ai, Texas"; Cinta, Texas) | |||||||||
5. | "Candy" (Instrumental) (Gula-gula) | |||||||||
Edisi terhad (Jenis A dan B), Lawson dan Yamashita Tomohisa SHOP | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "愛、テキサス" ("Ai, Texas"; Cinta, Texas) | Tika α | Nagai Seiichi | Yakushimaru Etsuko, Nagai Seiichi | ||||||
2. | "Candy" (Gula-gula) | Elvis Woodstock | Han Jae-ho, Kim Seung-soo, An Jun-sung | Han Jae-ho, Kim Seung-soo, An Jun-sung | ||||||
3. | "愛、テキサス" (Instrumental) ("Ai, Texas"; Cinta, Texas) | |||||||||
4. | "Candy" (Instrumental) (Gula-gula) | |||||||||
Carta
suntingPenarafan profesional | |
---|---|
Markah ulasan | |
Sumber | Taraf |
RIAJ | Emas[2] |
Ketika pelancaran single ini, ia menduduki tangga pertama dalam carta Oricon bagi minggu pertama jualan dan berada dalam carta selama 14 minggu. Single ini turut menerima pengiktirafan emas daripada Persatuan Industri Rakaman Jepun.
Carta Oricon | Kedudukan tertinggi | Jualan debut | Jumlah jualan | Dalam carta |
---|---|---|---|---|
Carta Album Mingguan | 1 | 126,175[3][4] | 168,315 | 14 minggu |
Rujukan
sunting- ^ "「愛、テキサス」 山下智久" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Unknown parameter
|accessdaye=
ignored (bantuan) - ^ "ゴールド等認定作品一覧 2012年03月" (dalam bahasa Jepun). RIAJ. Dicapai pada 23 Januari 2012.
- ^ "I, Texas" (dalam bahasa Inggeris). Generasia. Dicapai pada 23 Januari 2014.
- ^ "2012年02月27日〜2012年03月04日のCDシングル週間ランキング (2012年03月12日付)" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Dicapai pada 23 Januari 2014.