Ahmad Tarmimi Siregar

Pelakon, pengacara dan pengarah Malaysia
(Dilencongkan daripada Ahmad Tarmimi Siregar bin Mohd Kamal)

Dato' Ahmad Tamimi Siregar bin Kamaruddin (lahir 17 Januari 1950)[1] ialah seorang pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah veteran Malaysia yang terkenal dalam bidang lakonan wayang gambar dan televisyen. Antara pengalaman beliau dalam filem termasuk memegang watak utama dalam filem Abang dan Pemburu pada 1980-an. Selain itu, beliau juga terkenal sebgai pengarah pementasan teater Rubiah, dan juga merupakan seorang pelakon suara latar animasi yang terlibat dalam rakaman animasi tempatan dan bahan-bahan asing yang dialih suara ke Bahasa Malaysia, seperti dalam Muhammad Utusan Terakhir.


Ahmad Tarmimi Siregar

DBNS (Negeri Sembilan)
Kelahiran
Ahmad Tarmimi Siregar bin Mohd Kamal

(1950-01-17) 17 Januari 1950 (umur 74)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi, pengarah
Tahun aktif1970–kini
PasanganDatin Zuhaila Siregar Sulaiman (k. 1990; m. 2020)
Anak-anak3

Kehidupan awal

sunting

Ahmad Tarmimi Siregar dilahirkan pada 17 Januari 1950. Ahmad Tarmimi Siregar merupakan seorang budayawan yang aktif pelbagai bidang kesenian yang turut merangkumi bidang tarian, muzik dan lakonan. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula sejak zaman persekolahan. Bakat dan kewibawaan Ahmad Tarmimi Siregar mula menonjol apabila beliau diberi kepercayaan untuk menerbit dan mengarahkan satu teater besar yang diasaskan daripada kesenian Randai sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Ke-10 (Negeri Sembilan) berjudul Kaba Kasih Menanti.

Kerjaya

sunting

Ahmad Tarmimi Siregar kemudiannya terbabit dalam bidang penerbitan genre drama tv dan filem seperti Permintaan Terakhir di samping aktres utama- Uji Rashid (Merdeka Film Productions arahan Jamil Sulong-1975), Abang (Fleet Communication arahan Rahim Razali -1979), Drama TV Kabus (RTM-1991), Telefilem Ana Aishah (RTM-1992), dan Telefilem Sinar (RTM-1993).

Selain itu beliau turut terbabit dengan drama pentas seperti Wild Duck (1995) dan Muzika Rubiah (1999 & 2005).

Anugerah dan pencalonan

sunting

Dengan kecemerlangannya dalam bidang seni, beliau mendapat pelbagai anugerah, seperti Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970), Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979), Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987), Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992), Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995), Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996), Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996) dan Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).

  • Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970),
  • Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), * Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979),
  • Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987),
  • Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992),
  • Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995),
  • Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996),
  • Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996)
  • Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).
  • Darjah Paduka Mahkota Perak (dPMP) 1996
  • Darjah Setia Negeri (NS) (DNS) 2007
  • Darjah DBBS (NS) 2011 gelaran DATO'
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Tak Serupa Tapi Sama (Anugerah Skrin 2009)
  • Pelakon Lelaki Terbaik - Filem Perjalanan Pertama (AIFFA 2023)

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1975 Permintaan Terakhir Romo Filem pertama
1981 Abang Farid Din
1982 Pemburu Inspektor Anuar
1983 Mekanik Encik Razali
1984 Matinya Seorang Patriot Hasnol
1986 Tsu Feh Sofiah
1987 Puteri Pak Su
1989 Anak Sarawak Azam Wasili
1990 Rentak Desa
1998 Penyair Malam Kamal
2001 Seri Dewi Malam Bapa Seri
2002 Embun Jeneral Kurugawa
Muhammad: Utusan Terakhir Alih suara BM
2005 Tak Ori Tapi Ok
2006 Buli Balik Haji Dasuki Penampilan khas
2007 Anak Halal Datuk Farid Penampilan khas
2010 Niyang Rapik Bomoh
Belukar Encik Farid
Adnan Sempit Datuk Ithnin
2011 Misteri Jalan Lama Iskandar
2012 Adnan Sempit 2 Dato' Ithnin
Aku Terima Nikahnya Mansur
2013 Adnan Sempit 3 Datuk Ithnin
KL Zombi Dato' Farouk Pelakon sampingan
2015 Kapsul Dato' Najmi Penampilan khas
2016 Perjanjian Syaitan
Mimpi Anak Pulau Opu Filem Indonesia
2017 Surau dan Silek Arman
Malay Regiment Mejar Jeneral Abu Bakar
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Tok Imam
2021 Perjalanan Pertama Tan Al Maturi Filem Indonesia
2023 Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys Cikgu Yaakob
Sayu Yang Syukur Dato' Nazhar
2024 Abnormal: Buas
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1977 Ayah Ku TV1 Drama pertama
1978 Bila Mendong Berlalu
1980 Tamu Bukit Kenny
1983 PJ Holdings
1991 Kabus
2002 Insurgensi Brigadier Jeneral Dato' Esa Ahmad, Panglima Briged ke-2 Infantri Malaysia
2005 Aku, Dia & Cape Town Datuk Eman TV3
2005–2006 Biarku Sentuh Cintamu
2006–2007 CID 3278 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur TV9
2007 Dinasti Bilut TV1
Sesuci Cinta Soffiya TV3
Susuk (Musim 1) Pelakon undangan
2009 Keliwon Perantara
Suraya Dato' Rashid
2010 Mayang Mengurai Farhan
2010–2011 Ayoub Wan Arfan
2011 Tanah Kubur (Musim 1) Tamimi Astro Oasis Episod: "Bahana Riak Diri"
Tahajjud Cinta Mohd Azim TV3
Karma Tan Sri Fahrul Sani TV9
2013 Tanah Kubur (Musim 7) Zakaria Astro Oasis Episod: "Kasih Ibu Tiri"
Nur Khalifah TV2
2013–2014 Istidraj Cinta Dato' Yatim TV3
2014 Kifarah (Musim 2) Pak Sahak Episod: "Al-Amin"
Masihkah Ada Cinta Dato' Taha
2016 Diari Cinta Kita Dato' Ali TV9
Sesal Separuh Nyawa Hypp Sensasi
2017 Mandatori Tuan Johari Astro First Eksklusif
2018 Dia Anak Jeneral Leftenan Jeneral Dato' Hambali TV2
Wira Kasih Tok Pa
Mencari Qiblat Tuan Abu TV3
2019 Rumah Siti Khadijah Pak Long
Biar Jadi Kartus Datuk Murad TV2 Juga sebagai pengarah
2020 Hot Chocolate & Tea Lady
Korban Kasih Datuk Ismail TV1
Pink Smile TV3 Tidak dikreditkan
2021 Ayahanda Sebagai pengarah
Tak Sempurna Mencintaimu Dato Mustapha
2022 Juliet TV1 Sebagai pengarah
Lockdown 2 Dr Azam Astro Ria
2023 Special Force: Anarchy Iskandar Mansoor Disney+ Hotstar
Geng Daddy Daddy Haji Murtada TV3
Gelora 1941 Tok Tuan TV1
Darah Merdeka
Tanah Kubur (Musim 16) Pak Daud Astro Oasis Episod: "Darah Zina"
2024 Kasih Nelisa Haji Mustafa TV1
Kiblat Ke Syurga Astro Ria Penampilan khas
Calar Cinta Dato' Amril TV3 Penampilan istimewa

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Pelakon Pengarah
1980 Puteri Tawanan     TV1
1981 Kejadian Dalam Estet    
1992 Ana Aishah    
Setelah Kabus Berlalu     TV3
1993 Sinar     TV1
2002 Cinta SMS     TV3
Tarantula    
2003 Hanya Untukmu    
2004 Tanah Kubur     Datuk Fadzli Astro Ria
2007 Wali     Zaza/Hamzah
2008 Asriah     Jamal TV3
2011 Bisikan Dajjal     Haji Malek Astro Oasis
2014 Hantu Langsir     TV3
2015 Cahaya Rejab     TV2
2016 Cik Siti     TV3
Cinta 3 Rasa     Pak Odeng TV9
Songket Pak Andam    
2017 Nora Bam Boom     Pak Ali TV2
Kasih Seorang Ayah     Tuan Haji Hatta TV3
2018 Kerantung     Kahar TV1
2019 Takkan Gentar     TV3
2021 Ayat Dari Langit     Boss Astro Citra
Atuk Buat PHD     Hj. Wahid TV1
Mufariq    
2022 Ayahanda: Ibrah Ramadan     TV3
Menantu Atau Isteri Untuk Abah     Pak Nan Astro Ria
Tuah Sawa     Pak Abu TV Okey
2023 Rombongan Cik Kiah Ke AJL     Tok Ketua Tonton

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1987–1994 Selamat Pagi Malaysia Pengacara TV1
1995 Tekaria
2024 Sepahtu Reunion Live (2024) Astro Warna Episod: "Angker Satu Malam"

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting