Ahmad Johnie Zawawi
Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie Zawawi (lahir 1 Jun 1963) adalah seorang ahli politik Malaysia yang sedang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat untuk Igan sejak tahun 2018. Beliau juga merupakan Pengerusi bukan eksekutif Indah Water sejak 2020.
Ahmad Johnie Zawawi KMN; JBS (Sarawak) | |
---|---|
Pengerusi Indah Water Konsortium (IWK) | |
Menyandang jawatan 13 Mei 2020 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim (November 2022-kini) Ismail Sabri (Ogos 2021-November 2022) Mahiaddin Yassin (Mac 2020-Ogos 2021) |
Menteri | Anwar Ibrahim (November 2022-kini) Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Mac 2020-November 2022) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Igan, Sarawak | |
Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Wahab Dolah |
Majoriti | 14,662 (PRU-15) 8,945 (PRU-14) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Daro, Sarawak, Malaysia | 1 Jun 1963
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | PBB |
Gabungan politik lain | BN (-2018) GPS (2018-) |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kerjaya awal
suntingLahir di Daro, beliau memperoleh ijazah sarjana muda sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1986.[1][2] Beliau lalu bekerja di Jabatan Kastam Diraja Malaysia dari 1988 hingga 2000 sebelum menjadi Ketua Pegawai Operasi The Sarawak Press dan Warta Distribution (2000-2004), dan juga WHS Holdings (2004-2015).[1]
Kerjaya politik
suntingBeliau bertanding untuk Igan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2018 dan mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Andri Zulkarnaen Hamden.[3]
Pada 13 Mei 2020, beliau dilantik sebagai Pengerusi bukan eksekutif Indah Water oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.[2]
Kehidupan peribadi
suntingBeliau mempunyai 3 anak-anak bersama isterinya.[1]
Rujukan
sunting- ^ a b c d "Pengalaman politik di Parlimen Igan aset besar Ahmad Johnie". 24 April 2018. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
- ^ a b "Igan MP's appointment as chairman of national GLC marks historical first". 16 Mei 2020. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
- ^ "Sinar Harian on Facebook". 9 Mei 2018. Dicapai pada 26 Ogos 2021.