Kyai Haji Ahmad Dahlan lahir di Yogyakarta pada 1 Ogos 1868 dan meninggal dunia di Jogyakarta pada 23 Februari 1923.

Kyai Haji Ahmad Dahlan
Potret Ahmad Dahlan
Kelahiran(1868-08-01)1 Ogos 1868
Meninggal dunia23 Februari 1923(1923-02-23) (umur 54)
Yogyakarta
Terkenal keranaPendiri Muhammadiyah,
Pahlawan Nasional Indonesia
PasanganHj. Siti Walidah
Anak-anakDjohanah, Siradj Dahlan, Siti Busyro, Irfan Dahlan, Siti Aisyah, Siti Zaharah

KH Ahmad Dahlan adalah putera keempat dari tujuh adik-beradik dari keluarga KH Abu Bakar. KH Abu Bakar adalah seorang ulama dan khatib terkemuka di Masjid Besar Kasultanan Yogyakarta pada masa itu, dan ibu KH Ahmad Dahlan adalah puteri H. Ibrahim yang juga menjawat jawatan sebagai penghulu Kasultanan Yogyakarta pada masa itu.

Nama semasa kecil KH Ahmad Dahlan adalah Muhammad Darwisy. Pada umur 15 tahun, beliau pergi menunaikan haji dan tinggal di Mekah selama lima tahun. Pada masa ini, Ahmad Dahlan mulai berinteraksi dengan pemikiran-pemikiran pembaharuan dalam Islam, seperti Muhammad Abduh, Al-Afghani, Rasyid Ridha dan Ibnu Taimiyah. Ketika pulang ke kampungnya tahun 1888, beliau menukar nama menjadi Ahmad Dahlan.

Pada tahun 1903, beliau bertolak kembali ke Mekah dan menetap selama dua tahun. Pada masa ini, beliau sempat berguru kepada Syeh Ahmad Khatib yang juga guru dari pengasas Nahdatul Ulama, KH Hasyim Asy'ari.

Rujukan

sunting
  • Ricklefs, M.C. A History of Modern Indonesia Since c. 1300, 2nd ed. Stanford: Stanford University Press, 1994.
  • Vickers, Adrian (2005). A History of Modern Indonesia. New York: Cambridge University Press. ISBN 0-521-54262-2. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)