Ahmad Bilal Rahudin
ahli politik Malaysia
Ustaz Ahmad Bilal Rahudin ialah seorang ahli politik di Malaysia kelahiran Melaka. Beliau merupakan Ketua Penerangan PAS Melaka. Pernah terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2021–2023[1]. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Melaka selama tiga penggal dari tahun 2015 hingga 2021[2].
Ustaz Ahmad Bilal Rahudin | |
---|---|
Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka | |
Dalam jawatan 2015–2021 | |
Didahului oleh | Jauhar Muhammad Dawi |
Digantikan oleh | Muhammad Al Afiz Yahya |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad Bilal bin Rahudin 19 Mei 1983 Kampung Umbai, Melaka |
Parti politik | ![]() |
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Serkam | Ahmad Bilal Rahudin | PAS | 3,423 | Zaidi Attan | BN (UMNO) | 6,401 | 2,737 |
Nor Khairi Yusof | PH (Amanah) | 3,664 | ||||||
2021 | Serkam | Ahmad Bilal Rahudin | PN (PAS) | 4,959 | Zaidi Attan | BN (UMNO) | 5,038 | 79 |
Mohd Khomeni Kamal | PH (Amanah) | 1,535 | ||||||
Norazlanshah Hazali | Bebas | 99 |
Rujukan
sunting- ^ Mohd Khidir Zakaria (Oktober 31, 2021). "Ahli Parlimen Pasir Mas dipilih Ketua Pemuda baharu PAS". Berita Harian. Dicapai pada 20 November 2021.
- ^ "Ahmad Bilal tekankan perjuangan nilai integriti". Sinar Harian. 16 November 2021. Dicapai pada 20 November 2021.
- ^ Senarai penuh calon PRN Melaka
- ^ Keputusan PRN Melaka 2021