Ahli bomba
Ahli bomba ialah penyelamat yang dilatih secara menyeluruh, terutamanya untuk memadamkan kebakaran berbahaya yang mengancam penduduk awam dan harta benda, menyelamatkan orang daripada kejadian yang melibatkan kenderaan, bangunan yang runtuh atau terbakar dan situasi-situasi yang seumpamanya. Kehidupan berindustri moden yang semakin rumit mendatangkan banyak lagi bahaya, sehingga mendorong peningkatan dalam kemahiran yang diperlukan dalam teknologi bomba serta peluasan bidang kuasa penyelamat bomba, termasuk perkhidmatan perubatan kecemasan.
Pekerjaan | |
---|---|
Jenis | Pekerjaan, sukarela |
Sektor kegiatan | |
Penerangan | |
Pekerjaan berkaitan | |
sunting |
Pasukan bomba dan ahli bomba sentiasa ada di seluruh dunia, baik kawasan hutan, bandar mahupun atas kapal.
Di sesetengah negara, termasuk A.S., Australia, Belanda, Chad, China, Finland, Jepun, Jerman, Kanada, Malaysia, New Zealand, Singapura dan Sweden; ahli bomba lazimnya merupakan pekerjaan berbayar. Selain itu, terdapat juga ahli bomba sukarela (secara teorinya tidak berbayar) dan ahli bomba simpanan (separuh masa, dibayar bila bekerja) yang bersedia dipanggil 24 jam sehari, 7 hari seminggu.[1]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ {"Retained Firefighters." Fire and Rescue NSW. Web. 17 Sept. 2011. <http://www.nswfb.nsw.gov.au/page.php?id=11>}[pautan mati kekal]
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Ahli bomba. |