Ahli Ahmad Shah Pahang
Darjah Kebesaran Peringkat Keempat, Ahli Ahmad Shah Pahang[1] ini bolehlah dipertimbangkan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan, Polis atau Angkatan Bersenjata Gred 48 ke atas atau kepada sesiapa sahaja yang setaraf dengannya yang difikirkan layak menerima.Pengurniaan ini adalah bagi orang yang berjasa dan melaksanakan tugas-tugas dengan cemerlang atau pun yang memberikan sumbangan dalam Badan-Badan Sukarela atau pun lain-lain kegiatan.
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Sultan Pahang | |
Jenis | Perintah |
Status | Masih lagi dikurniakan |
Sultan | Al-Sultan Abdullah |
Gred | Ahli Ahmad Shah Pahang |
Singkatan darjah | AAP |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Setia Mahkota Pahang |
Lebih rendah | Ahli Mahkota Pahang |
sunting · sunting di Wikidata |
Lencana
suntingLencana Darjah Kebesaran ini berukuran 1.9 inci, hendaklah serupa dengan Lencana Darjah Kebesaran Peringkat Ketiga.
Gelaran pemakaian
suntingTiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah Kebesaran ini.