Dato' Ahamad Pakeh Adam ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Lintang selama dua penggal (2004-2013).

Dato'

Ahamad Pakeh Adam
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Lintang
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului oleh Mohamad Padil Harun
Digantikan oleh Mohd Zolkafly Harun
Majoriti1,376 (PRU-12)
5,389 (PRU-11)
Butiran peribadi
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PekerjaanAhli politik

Dalam pertandingan pemilihan UMNO Bahagian pada Oktober 2008 , beliau tewas kepada penyandang. Biasanya Ketua Bahagian UMNO lebih diutamakan berbanding wakil rakyat di sesuatu kawasan dan kecenderungan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat UMNO. Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diterajui Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib mudah memberikan bantuan kepada ketua UMNO Bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.Sebelum ini peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kewangan kepada ketua Umno bahagian.[1]

Rujukan

sunting