Ahad Berdarah (1905)

Ahad Berdarah (Jawi: احد برداره; Rusia: Крова́вое воскресе́нье) atau juga dikenal sebagai Ahad Merah merupakan suatu peristiwa yang berlaku pada 22 Januari 1905 di Saint Petersburg, Rusia, di mana penunjuk perasaan tanpa senjata yang diketuai Bapa Georgy Gepon ditembak oleh pasukan tentera Pengawal Empayar. Peristiwa ini terjadi apabila penunjuk tersebut menuju ke Istana Musim Sejuk bagi menyampaikan satu petisyen kepada Tsar Nicholas II dari Rusia.

Ahad Berdarah 1905
1905 احد برداره
Pagi 9 Januari di Gerbang Narva; pelukis tidak diketahui.
Nama asliКровавое воскресенье
LokasiDi hadapan Istana Musim Sejuk, Saint Petersburg, Rusia
Tarikh22 Januari (Gaya lama: 9 Januari) 1905
Jenis serangan
Pembunuhan oleh tentera Pengawal Empayar
Kematian96 (menurut sumber pegawai Tsar
4,000 (menurut sumber anti kerajaan)
Tercedera333
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sebelum berlakunya tunjuk perasaan itu, pihak pemerintah autokrasi Tsar Empayar Rusia didapati gagal menjaga kebajikan dan mengabaikan orang awam. Akibat daripada peristiwa itu, orang awam mengamuk dan satu siri serangan besar-besaran telah dilakukan di pusat-pusat perindustrian Empayar. Ahad Berdarah dianggap sebagai pencetus kepada Revolusi 1905 dan ahli-ahli sejarawan seperti Lionel Kochan dalam bukunya Rusia dalam Revolusi 1890-1918, mengatakan bahawa peristiwa ini menjadi salah satu peristiwa utama yang membawa kepada Revolusi Rusia pada 1917.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting