Agama di dunia mempunyai pandangan berbeza tentang alkohol. Banyak agama melarang penggunaan alkohol atau melihatnya berdosa atau negatif. Lain-lain telah diperuntukkan tempat tertentu untuk itu, seperti dalam amalan Kristian menggunakan wain semasa upacara Ekaristi.

Seorang sami menyampla wain

Penyelidikan telah dijalankan oleh ahli-ahli sains sosial dan ahli epidemiologi untuk melihat jika potensi hubungan wujud antara keagamaan dan arak.[1][2]

Dalil Al-Qur'an mengenai arak

sunting

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan permainan adu nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) [3]

Dalil Hadis mengenai arak

sunting

Hadis Ibnu Umar r.a bercakap: Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [4]

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)

Oleh itu tiada sebab untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.

Punca segala kejahatan

sunting

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

" Arak adalah punca daripada segala punca kejahatan dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia dengan penderaan alkohol, di antaranya :-

  • Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
  • Merosakkan akhlak dan akidah seseorang

Hukum hudud

sunting

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. [5]

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :

  1. Orang yang sudah mukallaf
  2. Dengan kemahuan sendiri
  3. Mengetahui haram hukum meminumnya
  4. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Francis, L. J.; Fearn, M.; Lewis, C. A. (2005). "The Impact of Personality and Religion on Attitudes toward Alcohol among 16-18 year olds in Northern Ireland". Journal of Religion and Health. 44 (3): 267–289. doi:10.1007/s10943-005-5464-z. JSTOR 27512870.
  2. ^ Ford, J.; Kadushin, C. (2002). "Between Sacral Belief and Moral Community: A Multidimensional Approach to the Relationship between Religion and Alcohol among Whites and Blacks". Sociological Forum. 17 (2): 255–279. doi:10.1023/A:1016089229972. JSTOR 3070326.
  3. ^ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=5&nAya=90&t=mal
  4. ^ http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?ID=1156&Lang=mal
  5. ^ http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/hadism.nsf/23bbdee64ca987b148256a41002edbd1/c32cb7fcef2f3a0c48256a70000b3c49?OpenDocument

Templat:Alcohol and health