Adnan Ibrahim
Dato' Haji Adnan Ibrahim ialah seorang guru dan tokoh pendidikan di Perak, Malaysia. Beliau merupakan bekas Pengetua Sekolah Tuanku Abdul Rahman (1993-1994) dan bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak (2003-2004).
Dato' Haji Adnan Ibrahim DPMP., PMP., AMP., AMN., ADK., PPT | |
---|---|
Kelahiran | 10 Julai 1948 |
Meninggal dunia | 2 Ogos 2017 Sri Hartamas, Kuala Lumpur |
Sebab kematian | Komplikasi buah pinggang |
Terkenal kerana | Pengarah Pelajaran Negeri Perak (2003-2004) Pengetua Sekolah Tuanku Abdul Rahman |
Kerjaya
suntingCikgu Adnan pernah mengajar subjek Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan dan menjadi pengetua di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh (1993-1994). Kemudian beliau menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Taiping dan PPD Kinta Utara dari 1 April 1997 - 31 Mac 1999. Beliau bersara selepas berkhidmat selama 30 tahun pada usia 56 tahun (tahun 2004).
Menyertai PAS
suntingHaji Adnan menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 8 April 2008 dalam sebuah majlis di Dewan Orang Ramai Jeram Mengkuang, Bidor, Perak[1]. Penyertaan beliau juga telah diumumkan dalam program pelancaran ‘Jom Masuk PAS’ di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning, Taiping pada 10 Oktober 2011. Turut serta dalam pengumuman penyertaan tersebut ialah bekas pegawai tinggi TLDM, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid[2].
Anugerah dan pengiktirafan
suntingMeninggal dunia
suntingDato’ Haji Adnan meninggal dunia di rumah anaknya di Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2017 akibat komplikasi buah pinggang[6].
Allahyarham Dato’ Adnan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara.
Rujukan
sunting- ^ Harakah (8 April 2008). "Bekas Pengarah Pendidikan (Dato' Adnan Ibrahim) sertai PAS". Maramizo. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
- ^ Redzuan RF8 Media (10 Oktober 2011). "Bekas Pengarah Pendidikan Perak masuk PAS, cikgu bila lagi". Suara Pakatan Daily. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
- ^ Pingat Perak, D.P.M.P. 2003
- ^ Pingat Perak, P.M.P. 2001
- ^ Pingat Perak, A.M.P, 1996
- ^ Salihin Rahim (2 Ogos 2017). "Meninggal dunia". Facbook. Dicapai pada 12 Ogos 2021.