Achik & Nana
Achik & Nana ialah duo muzik pop Malaysia yang terkenal pada era 2000-an.[1] Pasangan ini terbentuk terlebih dahulu ketika masing-masing di alam remaja sebelum muncul dalam kerjaya solo dan berkumpulan di arus perdana. Ia dianggotai oleh Abdillah Murad Md. Shari (Achik) dan Siti Nordiana Alias (Nana).[2][3] Mereka telah merakamkan dua album duet dan pernah dicalonkan dalam kategori Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003.
Achik & Nana | |
---|---|
Berasal dari | Seremban, , Negeri Sembilan, Malaysia |
Genre | Pop, pop rock, balada |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2000–2010 |
Syarikat rakaman | FMC Music |
Bekas ahli |
|
Sejarah
sunting2000–2002: Kerjasama awal
suntingKetika masih bersekolah menengah, Achik dan Nana sering bergandingan dalam persembahan duet di majlis kenduri kahwin dan pertandingan karaoke sekitar Negeri Sembilan. Namun mereka tidak pernah merancang untuk ke dunia rakaman sebagai penyanyi duo sebaliknya masing-masing mengejar kerjaya muzik sendiri. Duo ini kembali terbentuk pada tahun 2000 apabila Achik yang juga vokalis kumpulan Spin mengundang Nana yang ketika itu sedang memajukan kerjaya muziknya secara solo. Mereka bergandingan dalam lagu "Gurauan Berkasih" ciptaan Patrick Kamis. Seterusnya sebagai balas, Nana mengundang Achik untuk berduet sebuah lagu dalam album keduanya Luahan Hati Kekasih menerusi lagu "Restu". Ekoran sambutan positif mereka berduet dalam dua buah lagi lagu iaitu "Memori Berkasih" dan "Resepi Berkasih" yang dimuatkan dalam album kumpulan Spin.
2003–2010: Puncak populariti dan kematian Achik
suntingPada 15 Jun 2003, pihak FMC melancarkan album duet pertama mereka yang berjudul Istimewa Untukmu yang sekaligus meletup dan mendominasi pasaran muzik pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 100,000 unit. Single pertama berjudul "Paling Comel" ciptaan Aidit Alfian berjaya mencecah tangga pertama carta di kebanyakan stesen radio manakala beberapa lagi lagu seperti "Adat Berkasih" dan "Sabar Menanti" juga tidak kurang hebat popularnya.[4] Populariti Achik dan Nana terus unggul apabila dicalonkan untuk kategori Artis Duo dan Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003. Pada tahun sama, mereka diundang oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menjayakan persembahan dalam rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI).[5] Mereka berdua kemudian digandingkan sekali lagi dalam rancangan sama pada Mac 2004.[6]
Umum mengetahui bahawa Achik dan Nana pernah menjalinkan hubungan cinta sejak zaman remaja, namun apabila masing-masing sudah dewasa, hubungan itu tidak lagi diteruskan malahan masing-masing bertemu jodoh dengan insan lain.[7] Kisah cinta mereka pernah diabadikan dalam sebuah novel biografi berjudul Pelangi Jiwa yang dikeluarkan pada 2004.[8][9][10]
Album studio kedua mereka berjudul Benang Emas pula menyusul pada Januari 2006 dengan lagu hits seperti "Benang Emas" dan "Tatasuria".[11] Album ini juga mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat malah sempat mengadakan sebuah konsert di kota Singapura yang juga dirakam untuk siaran TV Suria pada tahun tersebut. Namun mereka berdua terpaksa akur untuk tidak terlalu banyak muncul sebagai artis duo kerana masih mempunyai kontrak sebagai penyanyi solo dan berkumpulan. Maka beberapa tahun selepas itu tumpuan lebih diberikan kepada projek masing-masing.[12]
Bagaimanapun pada 2008, mereka berdua kembali bekerjasama menerusi lagu "Tragedi Cinta" yang dimuatkan dalam album kompilasi Rindunya... terbitan Eddie Hamid.[13][14]
Achik bagaimanapun telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) pada 17 April 2010. Achik, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.[15] Perancangan mereka untuk merakamkan album studio ketiga tergendala begitu sahaja, dan duo ini dibubarkan. Single terakhir mereka ialah lagu "Cari Ketenangan" yang diterbitkan secara anumerta pada 2010. Nana kemudian meneruskan kerjaya nyanyian sebagai penyanyi solo.
Diskografi
suntingAlbum studio
suntingTajuk | Butiran album |
---|---|
Istimewa Untukmu |
|
Benang Emas |
|
Single
suntingTahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
2000 | "Gurauan Berkasih" | — | — | — | 3 | Roda-roda Rindu |
"Restu" | — | — | — | — | Luahan Hati Kekasih | |
2001 | "Memori Berkasih" | — | — | — | 13 | Spin 2: Litar Asmara |
2002 | "Resipi Berkasih" | — | — | — | 12 | Spin 3: Demi |
2003 | "Paling Comel" | — | — | — | 2 | Istimewa Untukmu |
"Adat Berkasih" | — | — | — | — | ||
"Setia Menanti" | — | — | — | 5 | ||
2004 | "Mainan Cinta" | — | — | — | — | |
"Lestari" | — | — | — | — | ||
2005 | "Pelangi Jiwa" | — | — | — | — | Pelangi |
2006 | "Tatasuria" | — | — | — | 10 | Benang Emas |
"Benang Emas" | — | — | — | 6 | ||
"Mungkinkah Terjadi" | — | — | — | — | ||
"Aci Aci Buka Pintu" | — | — | — | — | ||
2007 | "Saat Hilangnya Kasih" | — | — | — | — | |
2008 | "Tragedi Cinta" | — | — | — | — | Rindunya... |
2009 | "Cari Ketenangan" | — | — | — | — | Kenangan Hits: Achik |
Konsert
sunting- Konsert Live Achik & Nana di Singapura (2006)
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2003 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 | Penyanyi Duo/Kumpulan Popular | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Zul Husni Abdul Hamid (19 Februari 2004). "Achik, Nana syukur dihargai peminat". Berita Harian. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Khadijah Ibrahim (12 Julai 2004). "Achik Spin - Pinang Nana". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 April 2013.
- ^ Khadijah Ibrahim (19 Februari 2004). "Nana & Achik - Hubungan tetap erat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ "Sesuai bagi pasangan kekasih". Bintang Popular. Berita Minggu. 27 Julai 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-12-05. Dicapai pada 22 Mac 2018.
- ^ "Nana, Achik bawa mainan cinta di skrin". Berita Harian. 2 Oktober 2003. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff (17 Mac 2004). "Nana, Achik berganding lagi dalam HMI". Berita Harian. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Hanisah Selamat (19 Julai 2004). "Achik, Nana dedah rahsia hati". Berita Harian. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Khadijah Ibrahim (24 Julai 2004). "Pelangi Jiwa - Singkap isi hati Achik dan Nana". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2004. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ "Kisah Nana, Achik ada nilai komersial". Berita Harian. 28 Julai 2004. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Abd. Aziz Itar (7 Jun 2004). "Nana - Cinta dengan Achik dalam novel". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2004. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (20 Mac 2006). "Status tidak jejas jualan album Nana, Achik". Berita Harian. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Normah Becok (27 Ogos 2008). "Dengarnya... Nana, Achik kembali berduet". Berita Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2009.
- ^ Zaidi Mohamad (12 Disember 2008). "Tragedi Cinta bukan kisah kami". Berita Harian. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Norliza Mohamed Zakaria (12 Disember 2008). "Tragedi Cinta Acik dan Nana". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2017. Dicapai pada 20 April 2009.
- ^ "Achik Spin maut kemalangan di Lebuh Raya Lekas". Utusan Malaysia. 18 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2017. Dicapai pada 20 April 2010.