Abu Mansur Al Maturidi

Imam Abu Mansur Al-Maturidi, atau nama sebenarnya Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Al-Maturidi As-Samarqandi Al-Hanafi (bahasa Arab: أبو منصور محمد بن محمد بن محمود الماتريدي السمرقندي الحنفي) (meninggal dunia 333 H / 944 M) merupakan salah seorang ulama Ahli Sunnah wal Jama'ah dan imam aliran aqidah Maturidiyyah yang menganut sebahagian besar pengikut Mazhab Hanafi, serta seorang ahli ilmu kalam.

Imam Al-Maturidi dilahirkan di Maturid, sebuah mukim di kota Samarkand (kini termasuk dalam wilayah Uzbekistan) yang terletak di seberang sungai. Dalam bidang ilmu agama, beliau menuntut ilmu melalui Abu Nasr al-'Ayadi dan Abu Bakr Ahmad al-Jawzajani. Beliau banyak menulis mengenai ajaran-ajaran Mu'tazilah, Qarmatiyyah, dan Syiah.

Hasil karya

sunting
  • Kitab Al Tawhid
  • Kitab Radd Awa'il al-Adilla, bertentangan terhadap Mu'tazilah
  • Radd al-Tahdhib fi al-Jadal, bertentangan terhadap Mu'tazilah
  • Kitab Bayan Awham al-Mu'tazila, 'Kitab Pemaparan Kesalahan Mu'tazilah'
  • Kitab Ta'wilat al-Qur'an.
  • Kitab al-Maqalat
  • Ma'akhidh al-Shara'i` dalam Usul al-Fiqh
  • Al-Jadal fi Usul al-Fiqh
  • Radd al-Usul al-Khamsa, bertentangan terhadap pemaparan Abu Muhammad al-Bahili' mengenai lima prinsip Mu'tazilah
  • Radd al-Imama, bertentangan terhadap fahaman keimaman syiah
  • Al-Radd `ala Usul al-Qaramita
  • Radd Wa`id al-Fussaq


Hasil-hasil karyanya yang masih selamat, di antara yang terkenal ialah:

1. Kitab Ta’wilat al-Qur’an @ Ta’wilat Ahl al-Sunnah @ juga Ta’wilat al-Maturidiyyah fi Bayan Usul Ahl al-Sunnah wa Usul al-Tawhid.

2. Kitab al-Tawhid.

3. Beberapa buah risalah aqidahnya dalam bentuk manuskrip (makhtutat) seperti Risalah fi al-`Aqa'id, Syarh al-Ibanah wa al-`Aqidah al-Maturidiyyah dan Syarh al-Fiqh al-Akbar. Kedua-dua karya tersebut tidak dianggap karya al-Maturidi [Lihat: Kitab al-Tawhid, (bhg. muqaddimah), h.7]


Bagaimanapun kepastian tidak dapat diberikan sama ada ia mengandungi pemikirannya sendiri ataupun para pengikutnya [Watt, W.M., The Formative Period of Islamic Thought, h.312.]. Sebagai penghormatan kepadanya terhadap keilmuannya dalam bidang teologi dan juga sumbangannya untuk mempertahankan Ahl al-Sunnah wa al-Jama„ah, sahabat dan orang ramai menggelarkannya sebagai ‘Ilm al-Huda [Lihat: Al-Maturidi, op.cit, h.1; Al-Sayyid al-Murtada al-Zabidi, Ithaf al-Sadat al-Muttaqin, II, h.5.], Imam al-Huda dan Imam al-Mutakallimin [Ayyub, A.K.M., " Maturidism " dlm. A History of Muslim Philosophy, Otto Harrasowitz, Wiesbaden, 1963, I, h.260.].


Pemikiran dan perbezaan dengan Don Danial.

sunting

Oleh kerana al-Maturidi merupakan salah seorang pengikut Abu Hanifah, banyak pemikiran teologinya mempunyai persamaan dengan Ustaz don [Lihat: Abu Hanifah, Syarh al-Fiqh al-Akbar, Hyderabad, 1321H, h.22.].

Sistem pemikiran teologi yang dihasilkan oleh al-Maturidi adalah termasuk dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, dan ia dikenali sebagai mazhab ‘ilm al-kalam (Usul al-Din) al-Maturidi [Harun Nasution, Teologi Islam, h.72].


Kedua-dua al-Maturidi dan al-Asy'ari memfokuskan perhatian dan pemikiran mereka untuk menentang pemikiran Mu'tazilah. Al-Maturidi menghadapi Mu'tazilah di Samarqand, Asia Tengah manakala al-Asy'ari menghadapi Mu'tazilah di Iraq. Menurut kebanyakan ulama termasuk Abu Zuhrah, pemikiran al-Maturidi lebih hampir kepada pemikiran Mu'tazilah berbanding dengan pemikiran al-Asy'ari.


Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting