Abu Hasan Sarif
Datuk Abu Hasan Sarif merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Siputeh (N5) di atas tiket Barisan Nasional (UMNO) selama 4 penggal berturut-turut. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan ketua UMNO Bahagian Jerlun. Datuk Abu Hasan Sarif dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerlun selepas menewaskan penyandang, Datuk Abdul Rahman Ariffin pada persidangan perwakilan bahagian itu pada 21 Oktober 2008.[1]Pada 16 November 2009, beliau tidak lagi menjadi ADUN Kota Siputih selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi DUN tersebut berikutan beliau tidak hadir di dalam tidak menghadiri dua persidangan DUN pada tahun 2009.[2]Pada 21 Januari 2013, Keputusan Mahkamah Rayuan menyaksikan Abu Hasan kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri bagi Kota Siputeh.[3]
Datuk Abu Hasan Sarif | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Kota Siputeh | |
Dalam jawatan 1995–2018 | |
Digantikan oleh | Salmee Said |
Majoriti | 2,238 (PRU 13) |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dipecat dari ADUN
suntingTindakan Speaker Kedah mengenai ketidakhadiran
suntingKetidakhadiran beliau selama dua kali berturut-turut pada 9 April 2889 dan 9 Ogos 2009 lalu tanpa kebenaran menyebabkan Speaker Dewan Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mengisytiharkan kerusi Kota Seputeh kosong berikutan kegagalan penyandangnya menghadiri sidang DUN Kedah mengikut Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Beliau memaklumkan bahawa beliau sakit dan lambat menghantar sijil sakit.[4] Pada 1 September 2009, beliau dikekalkan oleh SPR sebagai ADUN Kota Seputeh kerana ia bukan dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, demikian menurut SPR.[5]Namun, berikutan daripada keputusan SPR tersebut, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abd. Isa Ismail hari ini menfailkan saman terhadap ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memohon perintah isytihar Abu Hasan bukan ADUN Kota Siputeh dan menghalang dari menjalankan tugas sebagai ADUN, batalkan keputusan SPR serta memaksa untuk mengadakan pilihan raya kecil DUN itu. [6][7]
Keputusan Mahkamah
suntingPada 16 November 2009, beliau tidak lagi menjadi ADUN Kota Siputih selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi DUN tersebut berikutan beliau tidak hadir di dalam tidak menghadiri dua persidangan DUN pada tahun 2009.Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini. Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan. Walaupun hakim tersebut saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, beliau berpendapat bahawa SPR tidak dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.[8]
Pada 21 Januari 2013, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh di Kedah tidak kosong kerana Anggota Dewan Undangan Negerinya, Datuk Abu Hasan Sarif daripada Barisan Nasional, bukan gagal menghadiri dua persidangan Dewan Undangan Kedah pada 2009, secara berturut-turut.
Dalam keputusan majoriti 4-1, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengisytiharkan bahawa kedua-dua hari itu, 19 April dan 9 Ogos 2009, tarikh Abu Hasan tidak hadir tanpa kebenaran Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bukan mesyuarat berturut-turut dalam satu sesi.[9]
Rujukan
sunting- ^ "Abu Hasan terajui Jerlun", Utusan Online. 22 Oktober 2008.[pautan mati kekal]
- ^ "Kota Siputeh diisytihar kosong", Malaysiakini.com, 16 November 2009.
- ^ "Mahkamah Persekutuan: Kerusi Kota Siputeh tak kosong", Malaysiakini.com, 21 Januari 2013.
- ^ "SPR kaji aspek perundangan", Utusan Online. 22 Ogos 2009.[pautan mati kekal]
- ^ "ADUN Kota Siputeh kekal", Utusan Online, 2 September 2009.[pautan mati kekal]
- ^ ""Speaker DUN Kedah saman ADUN Kota Siputeh", Utusan Online, 1 Oktober 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-02. Dicapai pada 2009-10-01.
- ^ "KEDUDUKAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI N.3 KOTA SIPUTEH," (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-11-22. Dicapai pada 2009-11-08.
- ^ "Kota Siputeh diisytihar kosong", Malaysiakini.com, 16 November 2009.
- ^ "Mahkamah Persekutuan: Kerusi Kota Siputeh tak kosong", Malaysiakini.com, 21 Januari 2013.