Abdullah bin Ahmad
ahli politik Kelantan dari Parti Islam Se-Malaysia
Abdullah bin Ahmad ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan salah seorang anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) terawal. Beliau menjadi ADUN di DUN Kota Bharu Utara sejak 1959 hingga 1974. Kemudian beliau menjadi ADUN di DUN Kemumin menggunakan tiket Barisan Nasional mewakili PAS pada 1974 hingga 1978.
Abdullah bin Ahmad | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Kemumin | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Kerusi diwujudkan |
Digantikan oleh | Umar Ibrahim |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 1964–1977 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Kota Bharu Utara | |
Dalam jawatan 1959–1974 | |
Didahului oleh | Kerusi diwujudkan |
Digantikan oleh | Kerusi dibubarkan |
Semasa menjadi ADUN, beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dari 1964 hingga DUN Kelantan dibubarkan dalam Darurat Kelantan, pada 1977.