Abdullah Jusoh
Abdullah bin Jusoh ialah seorang ahli politik Malaysia dari Kedah. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi DUN Pantai Merdeka dari 2008 hingga 2013 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Abdullah Jusoh | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Pantai Merdeka | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Shuib Saedin |
Digantikan oleh | Ali Yahaya |
Majoriti | 503 (PRU-12) |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 2008–2010 | |
Menteri Besar | Azizan Abdul Razak |
Portfolio | 2008–2009: Pelajaran dan Koperasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2009–2010: Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdullah bin Jusoh |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Dalam tempoh tersebut, beliau pernah dilantik menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah selama dua tahun pada 2008-2009 dan 2009-2010[1] di bawah pentadbiran Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Pada tahun khidmat 2008-2009, beliau memegang portfolio Pelajaran dan Koperasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi[2], manakala pada tahun khidmat 2009-2010, beliau memegang portfolio Jawatankuasa Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan[3]. Khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tahun berikutnya tidak disambungkan[3].
Rujukan
sunting- ^ "Dua Muka Baru Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah". mStar. 10 Mac 2010. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ "Senarai portfolio dan email MB dan exco-exco Kerajaan Negeri Kedah 2008". Aneroid. 4 April 2008. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ a b "Sembilan Exco Kedah dilantik semula". MY ADHA. 4 Mac 2009. Dicapai pada 10 September 2022.