Abdur Rahman ibn Auf

Sahabat Muhammad
(Dilencongkan daripada Abdul Rahman bin Auf)

Abdul Rahman ibn Auf (Arab: عبد الرحمن بن عوف) atau nama sebenar beliau Abu Amr merupakan seorang sahabat Nabi. Beliau telah menggunakan nama Abdul Rahman selepas memeluk Islam, dua hari selepas Abu Bakar memeluk Islam.

Beliau berasal daripada keturunan Bani Zuhrah. Beliau lahir pada tahun 580 Masihi di Makkah iaitu sepuluh tahun selepas Tahun Gajah. Beliau memeluk Islam melalui saidina Abu Bakar r.a. Beliau wafat pada tahun 32 Hijrah bersamaan tahun 654 Masihi ketika berumur 74 tahun.

Kehidupannya

sunting

Sewaktu umat Islam berhijrah ke Madinah, beliau mengikuti ekspidisi tersebut. Setibanya Abdul Rahman di Madinah, beliau dipersaudarakan oleh baginda kepada seorang sahabat dari golongan Ansar iaitu Sa'ad ibn Ar-Rabi'ah.

Abdul Rahman juga merupakan ahli jawatankuasa Syura yang berenam. Sewaktu pemilihan khalifah ketiga selepas peristiwa pembunuhan Umar Al-Khattab, beliau merupakan salah seorang calonnya. Namun, Abdul Rahman enggan sebaliknya menetapkan pemilihan khalifah jatuh kepada Uthman bin Affan.

Abdul Rahman mempunyai beberapa orang isteri antaranya ialah Ummu Habiba binti Zam’ah ,

Umm Khultsum bint Uqba dari Bani Umayyah setelah dia diceraikan oleh Zubair ibn Awwam Abdul Rahman melamarnya lalu berkahwin mereka mempunyai enam orang anak bersama iaitu Muhammad , Ibrahim , Humayd , Ismail , Hamida dan Amat Ar-Rahman . Isteri beliau yang lain pula Habiba binti Jahsy

Antara nama-nama isteri-isteri beliau yang lain :

  1. Umm Khultsum bint Utbah
  2. Tamadir binti al-Asbagh
  3. Sahla binti Asim
  4. Bahriya binti Hani
  5. Sahla binti Suhayl
  6. Umm Hakim binti Qariz
  7. Asma binti Salama
  8. Zainab binti As-Sabbah
  9. Badiyah binti Ghaylan

Jasa dan sumbangannya

sunting

Abdul Rahman terkenal sebagai seorang sahabat rasullah s.a.w yang sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah s.w.t. Beliau sanggup menyumbangkan barang-barang keperluan yang dimuatkan di atas 700 ekor unta penduduk Madinah. Beliau juga menjual tanahnya dengan harga 40 ribu dinar dan membahagikan harta tersebut kapada kaumnya, isteri-isteri nabi dan fakir miskin.[perlu rujukan]

Selain itu juga Abdul Rahman memberi sumbangan dari segi kewangan dan barangan ketika Perang Tabuk iaitu sebnyak 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan dan 1500 ekor unta tunggangngan. Begitu juga, kebaikannya terbukti apabila menyedekahkan 400 dinar kepada setiap bekas tentera Perang Badar yang masih hidup iaitu seramai 100 orang.

Beliau pernah dilantik oleh baginda Nabi S.A.W untuk mengimami solat Subuh dengan dihadiri oleh baginda. Beliau juga menyertai dalam beberapa perang seberti Badar, Uhud , Khandak dan Tabuk.

Abdul Rahman merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi ketika itu dimonopoli oleh orang Yahudi.