Abdul Rahman Osman
Sahibus Samahah Dato' Sri Haji Abdul Rahman Haji Osman ialah seorang agamawan Islam di Malaysia. Beliau ialah Mufti Pahang ke-8 yang dilantik pada 2008[1] hingga Mac 2024. Sebelum itu, beliau menjawat sebagai Timbalan Mufti Pahang sejak 2001.
Sahibus Samahah Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Osman SSAP., DSAP., DIMP., SMP., AMP., PKC. | |
---|---|
Mufti Negeri Pahang | |
Dalam jawatan 2008 – Mac 2024 | |
Dilantik oleh | Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah |
Didahului oleh | Dato' Haji Sulaiman Ahmad |
Digantikan oleh | Asmadi Mohamed Naim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1953 Kampung Lebak, Temerloh, Pahang |
Biografi
suntingAbdul Rahman dilahirkan pada 1953 di Kampung Lebak, Temerloh, Pahang. Beliau memulakan pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh sehingga tamat darjah enam. Pada 1967, beliau dihantar belajar ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Singapura oleh ayahnya untuk mendalami ilmu agama. Pada 1975, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dan memperoleh Sarjana Muda Perundangan Syariah pada 1982.
Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai guru sandaran di Sekolah Agama Pulau Tawar, Jerantut. Dalam masa yang sama, beliau mengambil Diploma Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau turut mengambil pengajian separuh masa dalam Diploma Kehakiman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1992. Beliau berjaya menamatkan pengajian Sarjana Kaunseling di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2000.
Kadi dan mufti di Pahang
suntingAbdul Rahman pernah menjawat sebagai Kadi Daerah di tiga daerah dalam Pahang iaitu Kadi Cameron Highlands (1988-1990), Kadi Temerloh (1990-1994) dan Kadi Kuantan (1994-2001). Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Mufti Pahang pada 2001 sebelum menjawat jawatan Mufti Pahang pada 2008[1].
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Pahang
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2013)
- Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) - Dato' Indera (2012)
- Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) - Dato' (2008)
- Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (2003)
Rujukan
sunting- ^ a b Mohamad Azim Fitri Abd Aziz (16 September 2018). "Mufti Pahang terkenang pengalaman pindahkan jenazah mualaf". Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2021.