Abdul Rahman Kaeh
penulis Malaysia
Dato' Dr Abdul Rahman bin Kaeh ialah tokoh pendidikan, penulis dan pengkaji kesusasteraan Melayu tradisional di Malaysia.
Dato' Dr. Abdul Rahman Kaeh D.P.T.J. (NS) | |
---|---|
Kelahiran | 20 April 1938 |
Pendidikan | Universitas Gadjah Mada (1968-70) Universiti Malaya (1972-74) Universitas Negeri Malang (1980-83) |
Terkenal kerana | Kajian kesusasteraan tradisional |
Latar belakang
suntingAbdul Rahman dilahirkan pada 20 April 1938 di Rembau, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Undang Rembau, Negeri Sembilan pada 1956. Kemudian, beliau mendapat ilmu perguruan di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universitas Gadjah Mada (1968-70), Universiti Malaya (1972-74) dan Universitas Negeri Malang (1980-83)
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J.) - Dato' (2005)
Hasil penulisan
sunting- Yusof, Wan Abdul Kadir; Kaeh, Abdul Rahman (1976). Adat istiadat kerjan Undang Johol ke XI (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
- Kaeh, Abdul Rahman (1989). Panji Narawangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Kaeh, Abdul Rahman, penyunting (2000). Hikayat Khoja Maimun. Siri warisan sastera klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Iskandar, Yusoff; Kaeh, Abdul Rahman (1978). Sejarah Melayu edisi Shellabear: Satu pembicaraan kritis dari pelbagai bidang. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books.
- Kaeh, Abdul Rahman; Ahmad, Hassan (2007). Hikayat Panji Jayeng Kusuma. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
- Md. Nor, Mohd. Yusof; Kaeh, Abdul Rahman (1985). Puisi Melayu tradisi. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
- Hashim, Muhammad Yusoff; Kaeh, Abdul Rahman (1994). Sejarah Melayu: persepsi sejarah & kesusasteraan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
- Kaeh, Abdul Rahman; Sham, Abu Hassan; Mohamed, Noriah (1995). Kamus filologi. Siri kamus istilah MABBIM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Kaeh, Abdul Rahman (1976). Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma: sebuah cerita Panji Melayu. Siri sastera DBP. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Kaeh, Abdul Rahman (1997). Syair Madhi: Citra Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. ISBN 9679310817.