Abdul Kadir Abdullah

Datuk Haji Abdul Kadir Bin Abdullah ialah seorang ahli politik Malaysia dari Negeri Sembilan.  Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan DUN Ulu Muar. Beliau telah menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Speaker Dewan Undang Negeri Negeri Sembilan pada tahun 1974 sehingga 1981.   Beliau telah meninggal dunia pada 9 Ogos 1981 sewaktu menyertai  majlis Persidangan Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri-negeri Malaysia di Kangar, Perlis di usia 57 tahun.