Abdul Aziz Wok
Datuk Abdul Aziz Wok (20 Januari 1936 – 31 Disember 1997) merupakan seorang eksekutif media Malaysia yang pernah berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Filem Negara Malaysia (FNM).[1][2][3][4]
Aziz Wok | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Aziz bin Wok 20 Januari 1936 |
Meninggal dunia | 31 Disember 1997 Subang Jaya, Selangor, Malaysia | (umur 61)
Pendidikan | Universiti Liverpool |
Pekerjaan | Eksekutif media |
Tahun aktif | 1963–1991 |
Pasangan | Datin Zabedah Abu Bakar (k. 1961–1998) |
Anak-anak | 7 |
Kehidupan dan kerjaya
suntingAziz dilahirkan pada 20 Januari 1936 di Ipoh, Perak. Beliau mempunyai sijil perguruan dari Universiti Liverpool dan kursus penerbitan filem dan televisyen di Perbadanan Penyiaran British (BBC).[3][5]
Beliau memulakan kerjayanya di pejabat kerajaan pada tahun 1956.[4] Selepas itu, beliau berkhidmat pula sebagai tenaga pengajar di maktab perguruan selama 7 tahun, dari 1963 sehingga 1970. Selepas meninggalkan maktab perguruan, Aziz menyertai Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan memulakan kerjanya sebagai penerbit Drama Minggu Ini dan Dagang Perantau yang diterbitkan dalam hitam putih. Beliau kemudian menjadi penerbit drama di RTM pada tahun 1970 dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai Penyelaras Drama Televisyen setahun kemudian.[3][4]
Antara jawatan lain yang disandangnya selepas itu ialah, Ketua Bahagian Drama RTM (1972-1973), Ketua Bahagian Hiburan dan Muzik RTM (1973-1979), Pengarah RTM Sabah (1979-1980), Ketua Perkhidmatan Luar Negara RTM (1980-1982). Selepas itu, beliau bertugas pula sebagai Ketua Pengarah Filem Negara Malaysia (FNM) sehingga tahun 1985 sebelum kembali ke RTM dengan jawatan Timbalan Pengarah Program RTM selama setahun.[3][4]
Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Institut Penyiaran Tun Abdul Razak sehingga 1988 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah Penyiaran RTM Sabah sehingga bersara pada tahun 1991.[3][4]
Kehidupan peribadi dan kematian
suntingBeliau berkahwin dengan Datin Zabedah Abu Bakar dan dikurniakan 7 anak.[3][4]
Beliau meninggal dunia pada usia 61 tahun di kediamannya di Subang Jaya, Selangor akibat komplikasi pelbagai penyakit seperti serangan jantung dan kencing manis pada 31 Disember 1997.[3][4] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[6][7]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis | Penerbit | |||
1983 | Ke Medan Jaya | Filem arahan pertama Arahan bersama Raja Dalnish | |||
1984 | Sindrom Mana Anakku | ||||
1987 | Rahsia | ||||
1989 | Cempaka Biru | Filem arahan terakhir |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis | Penerbit | |||
1973 | Cemas | ||||
Detik Penentuan | |||||
1978 | Dagang Perantau |
Animasi
suntingTahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | |
---|---|---|---|---|
Pengarah bersekutu | Penerbit bersekutu | |||
1984 | Hikayat Sang Kancil dan Monyet | |||
1986 | Singa Yang Haloba |
Rujukan
sunting- ^ Rustam Effendi (12 Ogos 1968). "Mengapa Aziz Wok ta' terbitkan drama lagi?". Berita Harian. m/s. 8. Dicapai pada 2 September 2018.
- ^ "Saya benci hipokrasi". Metro Ahad. 29 Disember 1996. Dicapai pada 2 September 2018.
- ^ a b c d e f g "Aziz Wok meninggal dunia". Utusan Malaysia. 1 Januari 1998. Dicapai pada 2 September 2018.
- ^ a b c d e f g Zainal Alam Kadir (7 Januari 1998). "Aziz Wok, a caring and understanding boss". New Straits Times. Dicapai pada 2 September 2018.
- ^ Noor Sham Salleh (29 Disember 1996). "Bagai mimpi di alam nyata". Metro Ahad. Dicapai pada 2 September 2018.
- ^ "Aziz Wok meninggal dunia". Harian Metro. 1 Januari 1998. Dicapai pada 2 September 2018.
- ^ "Veteran broadcaster, Abdul Aziz Wok dies". New Straits Times. 1 Januari 1998. Dicapai pada 2 September 2018.