Abdul Aziz bin Sheikh Fadzir
Dato' Abdul Aziz bin Sheikh Fadzir (lahir 28 April 1963) merupakan Ahli Parlimen Malaysia untuk kerusi Kulim–Bandar Baharu di negeri Kedah, mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Negara (UMNO) di parti kerajaan Barisan Nasional.
Abd. Aziz Sheikh Fadzir | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kulim–Bandar Baharu, Kedah | |
Dalam jawatan 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Zulkifli Noordin |
Digantikan oleh | Saifuddin Nasution Ismail |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Aziz bin Sheikh Fadzir 28 April 1963 Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Parti politik | UMNO |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional |
Pertalian | Abdul Kadir Sheikh Fadzir (abang) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Abd. Aziz pertama kali bertanding di kerusi Kulim–Bandar Baharu pada pilihan raya umum 2008. Jika berjaya, beliau akan menggantikan abangnya, Abdul Kadir, yang telah memegang kerusi sejak 1978 dan berkhidmat sebagai seorang menteri dalam kerajaan persekutuan.[1] Walau bagaimanapun, di tengah-tengah suasana besar kepada parti pembangkang di Kedah, Abd. Aziz tewas kepada Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau bertanding di kerusi sekali lagi di pilihan raya 2013, kali ini mengalahkan ketua umum PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau telah diisytihar bankrap pada tahun 2014.[2]
Abdul Aziz juga menjawat jawatan di Kumpulan Utusan. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif pada Jun 2018 sebelum melepaskan jawatan pada Disember akibat komitmen perniagaan peribadinya yang lain.[3] Beliau dilantik semula pada Februari 2019 sehingga penutupan Utusan pada 9 Oktober.[4]
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Abd. Aziz Sheikh Fadzir (UMNO) | 9,323 | 50.47% | Md Zuki Yusof (PAS) | 8,861 | 47.97% | 462 |
Tahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Abd. Aziz Sheikh Fadzir (UMNO) | 16,672 | 43% | Zulkifli Noordin (PKR) | 22,255 | 57% | 5,583 | ||
2013 | Abd. Aziz Sheikh Fadzir (UMNO) | 26,782 | 52% | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 24,911 | 48% | 1,871 |
Rujukan
sunting- ^ "Brother disappointed with Abdul Kadir supporting Pakatan". Sin Chew Jit Poh. 8 May 2012. Dicapai pada 29 November 2014.
- ^ Arifuddin Ishak (13 June 2014). "Kulim Bandar Baru MP declared bankrupt". The Star. Dicapai pada 29 November 2014.
- ^ Azzman Abdul Jamal (13 Disember 2018). Abd Aziz letak jawatan Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu Berita Harian. Dicapai pada 16 Disember 2018.
- ^ "Utusan Melayu henti operasi perniagaan". Utusan Malaysia. 9 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 9 October 2019.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 4 Februari 2017. Percentage figures based on total turnout.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 24 Mac 2017.